Isu Undang-Undang Klasifikasi Kesalahan
Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Ringkasan Kes
1. Pada 16.1.2023, jam lebih kurang 1030 hrs, (1) pekerja ladang kelapa sawit bernama Toto (A5) yang sedang bekerja telah menjumpai (1) mayat lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di atas jalan ladang tersebut berdekatan (jarak l/kurang 1 meter) dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi warna putih, nombor pendaftaran SAA7841W dan telah melaporkan kepada (A1), anggota bertugas balai, dan maklumat tersebut telah dijadikan FIR (Tawau Rpt: 672/2023)
2. Hasil pemeriksaan lanjut oleh Pegawai Penyiasat di lokasi penemuan mayat mendapati kedudukan mayat terbaring secara terlentang di atas tanah. Keadaan fizikal mayat telah kembung dan membengkak dipenuhi ulat di bahagian kepala serta kulit berwarna gelap. Mayat lengkap berpakaian baju t-shirt berkolar warna gelap, berseluar panjang warna coklat, bertali pinggang warna merah dan tidak berkasut/selipar. Tiada sebarang identiti pengenalan diri yang ditemui daripada tubuh mayat (unidentified body).
3. Hasil pemeriksaan bahagian luar kenderaan mendapati semua pintu kenderaan tertutup, terdapat kesan darah di bahagian bawah pintu penumpang hadapan serta menemui resit parking kenderaan bertarikh 13/01/2023 jam 2.34 PM yang terselit pada wiper kenderaan tersebut. Mayat dipercayai telah berada di lokasi kejadian selama lebih kurang (3) hari sehinggalah mayat ditemui.
4. Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi menemui (1) topi warna putih tulisan ‘FILA’ di bahagian hadapan terletak berhampiran dengan mayat. Hasil pemeriksaan bahagian dalam kenderaan mendapati terdapat kesan tompokan darah di atas kerusi pemandu dan penumpang hadapan serta tompokan darah di lantai penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri pemandu.
5. Hasil semakan mendapati kenderaan tersebut didaftar di atas Nurman bin Bakaratu (No.KPT:621225-12-5173), yang merupakan si mati. Si mati juga merupakan pemandu perkhidmatan MAXIM yang berdaftar.
6. Semakan rekod MAXIM ke atas kenderaan bagi tempoh bermula 12/01/2023 sehingga 16/01/2023 mendapati “pemandu tersebut tidak melengkapkan sebarang tempahan oleh itu tiada rekod penumpang” diperolehi daripada sistem rekod pihak MAXIM.
7. Semakan repot bersabit kenderaan hilang dan Orang Hilang (OH) juga mendapati tiada repot hilang bersabit maklumat kenderaan serta penama pemilik tersebut direkodkan dalam Sistem PDRM.
8. Percakapan A8 (pakar perubatan forensik) mengesahkan bahawa punca kematian adalah kesan luka tajam pada leher (sharp force injury to the neck). Kecederaan ini adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh B1 yang mana si mati telah ditikam menggunakan pisau di leher oleh B3.
Tangkapan:
9. Tangkapan pertama (B1) merupakan bekas isteri si mati. Menurut rakaman percakapan B1, B1 bersama-sama B2 telah merancang untuk membunuh si mati, yang berpunca daripada ketidakpuasan hati B2 terhadap si mati atas pergaduhan yang dipercayai berlaku pada 3.1.2023 yang melibatkan si mati, B1, B2 dan beberapa orang lain lagi di sebuah pub di Lahad Datu
10. Punca pergaduhan tersebut dipercayai akibat si mati tidak berpuas hati B2 menjalin hubungan dengan B1 yang merupakan isteri si mati pada masa itu.
11. Akibat pergaduhan tersebut, B1 dan B2 telah membuat perancangan untuk membunuh si mati sebagai membalas dendam atas kejadian yang berlaku di Lahad Datu.
12. Rakaman percakapan B1 menyatakan pada masa kejadian, B3 adalah saspek yang menikam si mati di dalam kenderaan Myvi tersebut sebelum mayatnya ditinggalkan pada 13.1.2023.
13. B1 mengaku bersama-sama membuat perancangan untuk membuat pembunuhan terhadap B1 yang mana diketuai sendiri oleh B2 di dalam beberapa pertemuan yang telah dilakukan. B1 juga mengaku semasa pembunuhan dilakukan, B1 berada di dalam kenderaan Myvi putih SAA 7841 W bersama-sama B3 dan B6.
B1 menyaksikan bagaimana si mati ditikam oleh B3 dan ditarik keluar dari kenderaan dan dibiarkan telentang di atas rumput di sebelah kenderaan.
Tangkapan susulan:
B2 – SAC Dato’ Mat Zaki bin Md Zain, KP/640212-11-5359, L/58 tahun, B/Melayu, K/PDRM ESSCOM
B3 – P/ASP Rosdi bin Rastam, KP/781030-12-5635, L/44 tahun, B/Melayu, K/PDRM ESSCOM
B4 – Insp Usman bin Lanaga, KP/800329-12-5593, L/42, B/Bugis, K/PDRM ESSCOM
B5 – SM Dennis anak Enit, KP/780224-13-5087, L/44 tahun, B/Bidayuh, K/PDRM ESSCOM
B6 – SM Fabian anak Rungan, KP/790519-13-5163, L/43 tahun, B/Iban, K/PDRM ESSCOM
B7 – SM Khairul Azman bin Bakar, KP/761020-12-5705, L/47 tahun, B/Melayu, K/PDRM ESSCOM
B8 – L/Kpl Mohd Azlan bin Sakaran, KP/831206-12-5595, L/39 tahun, B/Bajau, K/PDRM ESSCOM (pemandu kepada B2)
B9 – Shim Vui Nyen, KP/720203-12-5643, L/50 Tahun, B/Cina, K/Berniaga (pemilik V8 Bistro, Lahad Datu).
Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah pada 28.1.2023 untuk arahan lanjut.
Pihak PDRM IPK Sabah, setelah berbincang dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mencadangkan supaya B1 dituduh secara tentatif di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara siasatan dilengkapkan dan rakaman percakapan tangkapan yang lain dibuat.
Siasatan masih diteruskan bersabit dengan tangkapan susulan yang lain dan keterangan forensik dan DNA yang belum diperolehi dan masih menunggu hasil analisis.
Cadangan tersebut dipersetujui dan arahan tuduh terhadap B1 telah dikeluarkan.
And she's seductive
Presumably he thought he could get away with it ; PDRM a law unto themselves