top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

SC LEAKS BY WILL+BALANCE? : THE PLOT THICKENS!




Daripada maklumat yang diterima daripada sumber didapati terdapat tiga kertas siasatan telah dibuka oleh SC yang melibatkan kesalahan insider trading ke Tengku Datuk Zafrul Aziz (TDZ) pada sekitar tahun 2018 iaitu siasatan berkait dengan syarikat SP Setia, Tradewinds (M) Berhad, dan Proton Holdings Berhad. Dikatakan siasatan oleh pegawai penyiasat telah mencadangkan pertuduhan terhadap TDZ walaubagaimanapun pada pertengahan 2019, ketiga-tiga kes ini telah ditutup oleh SC atas arahan daripada Roz Mawar Rozain iaitu Ketua Bahagian Pendakwaan di Suruhanjaya Sekuriti pada ketika itu. Hubungan TDZ dengan Roz Mawar Rozain adalah suami Roz Mawar Rozain merupakan Pegawai Khas kepada TDZ di CIMB. Rentetan daripada tindakan yang dilakukan oleh Roz Mawar Rozain dalam membantu TDZ tersebut, beliau telah dinaikan pangkat ke Timbalan Pengarah Pendakwaan oleh pengerusi SC iaitu Dato Syed Zaid Albar yang dilantik pada zaman Tun M dan disambung oleh TDZ atas kapasiti jawatan beliau sebagai Menteri Kewangan. Secara keseluruhan komplot ini melibatkan Dato Syed Zaid Albar, Roz Mawar Rozain, Foo Lee Mei, Leong Wei Leng dan turut dipercayai mereka ini turut terima rasuah selain daripada kenaikan pangkat.

Selain daripada itu, SC juga ada menyiasat terhadap Syarikat Ace Holdings dan satu kertas siasatan telah dibuka atas arahan daripada Foo Lee Mei, Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Sekuriti pada 28 November 2018. Pada 24 januari 2019, pihak SC telah membuat serbuan terhadap Syarikat Ace Holdings dan selepas serbuan, peguam Syarikat Ace Holdings memberitahu bahawa pegawai SC telah meminta wang dari syarikat. Pada 28 November 2019, kertas siasatan kes ini ditutup. Walaubagaimanapun didapati terdapat beberapa orang staff SC bekerja dengan Syarikat Ace Holdings yang mana mereka ini adalah terdiri daripada pasukan siasatan kes tersebut iaitu Chang Min De, Lim Huey Hean Edward, Leong Wai Leng, Celine dan Wong Zhen Fai, Kevin.

Terdapat juga maklumat daripada kertas Pandora telah dinaikan berkaitan dengan isu hubungan bersama atau komplot antara TDZ, Wee Hoe Soon@Gooi Hoe Soon (Board SC), Syed Zaid serta Areca Capital (yang membeli Yinson). Sepertimana pengumuman Yinson pada 22 Mei 2013 mengenai perletakan saham 10% @10,017,755@RM2.82/ share dimana Gooi Hoe Soon (Board SC) telah dinamakan sebagai pemegang tempat. Saham itu itu dicagarkan dengan Areca Capital Sdn Bhd dimana Gooi merupakan Pengerusi, Pengarah Bebas dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan Bebas. Dimaklumkan juga bahawa Gooi merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Avenue Asset Berhad pada tahun 2001. Avenue merupakan pemilik masa lalu syarikat broker saham ECM Libra yang telah digabungkan dengan Kenanga Investment Bank pada tahun 2012.Peniaga teratas bagi kebanyakan DBT institusi, Patrick Taylor juga merupakan Ketua Jualan di ECM Libra.Selain daripada itu, Gooi dan pemilik Kencana Capital (15% place), Mokhzani Mahadir juga mempunyai hubungan baik. Mokhzani pernah menjadi pemegang saham terbesar Avenue Capital melalui syarikatnya Tongkah dan Pantai Holding sebelum beliau menjual pegangan pada tahun 2001.Sepertimana dinyatakan, Gooi adalah Pengarah Urusan Kumpulan Avenue pada masa itu. Perjanjian untuk Areca Capital Sdn Bhd menjadi pelanggan saham penempatan telah dibuat pada 30 Mei 2013 yang mana rundingan untuk pengambilalihan sepatutnya berada diperingkat akhir dan mungkin telah dimaklumkan kepada Areca dan/Gooi Hoe Soon. Situasi ini adalah jelas merupakan suatu tindakan “conflict of interest” yang dilakukan oleh Gooi yang juga selaku Board SC. Disamping itu juga, Pengerusi SC iaitu Datuk Syed Zaid Albar juga turut memperolehi manafaat dimana anak beliau bernama Pn Sharifah Munirah Bt Syed Zaid Albar telah dilantik sebagai “Independent Non- Executive Director” bermula 1 Januari 2020.

524 views0 comments

Related Posts

See All

Comments


bottom of page