top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

MELAYU...BANGSA FEUDAL YANG TIDAK BERMARUAH



Ini ialah satu contoh klasik yang menunjukkan dengan terang lagi bersuluh betapa jahat dan hipokritnya pemimpin Umno menipu dan memperbodohkan orang Melayu sepanjang masa.


Di khalayak ramai, mereka terpekik terlolong ajak kita benci dan musuhi orang Cina yang dikatakan menindas dan mengeksploit bangsa Melayu hingga menyebabkan Melayu kekal miskin di tanahair sendiri. Tetapi di belakang kita, mereka seleweng dan salah guna kuasa beri kontrak2 lumayan kepada towkey2 Cina dan kemudian makan rasuah besar sebagai balasan.


Melalui pengakuan Harry Lee Vui Khun yang merupakan Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa syarikatnya telah menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang diberi oleh Zahid kepadanya, maka terbongkarlah skandal ini secara terperinci. Rupa2nya, bertahun-tahun Zahid terima rasuah sebanyak SG$200,000 (RM600,000) sebulan bermula 2014 yang kemudiannya meningkat kepada SG$520,000 (RM1,560,000) sebulan pada 2017.


Jangan lupa pada skandal 1MDB yang juga melibatkan peranan seorang budak Cina yang dibela seperti toyol oleh Najib untuk curi berbillion-billion duit rakyat untuk mereka kongsi bersama.


Dalam kedua-dua kes ini, orang2 Umno haram tak berbunyi sikit pun kerana ramai dari mereka pun buat kerja yang sama dgn towkey2 Cina mencuri duit rakyat dan menipu bangsa Melayu sejak sekian lama. Pada masa yang sama, lebai2 munafiq penunggang agama pun jadi buta, pekak dan bisu apabila mereka disogok dgn jawatan dalam kerajaan dan habuan dunia yang lumayan. Para agamawan dan NGO2 Melayu pun entah ke mana hilangnya dan akan muncul memekak hanya apabila nama DAP disebut. Jika tidak, lantaklah nak jadi apa pun asalkan kerajaan dikuasai oleh ahli2 politik Melayu walaupun mereka korup.


Betapa jijiknya mereka semua jadi munafiq mengutuk dan mencela orang2 Cina sebagai musuh bangsa Melayu di hadapan khalayak ramai padahal merekalah sebenarnya pembelot dan pengkhianat bangsa. Yang miskin dan melarat ialah bangsa Melayu juga kerana masih mengekalkan otak feudal hingga jiwa tidak merdeka dan terus terbelenggu dengan kebodohan.


Amat malang nasib bangsa Melayu. Maruahnya sangat tipis dan boleh dibeli dengan harga murah oleh pemimpin2 jahat supaya boleh kekal berkuasa dan memperbodohkan bangsa sendiri sampai kiamat.

422 views2 comments

Related Posts

See All

2 Comments


Unknown member
May 23, 2022

Jangan lupa menteri menteri dan penguasa unmo hanyalah orang politik biasa. Mereka tidak pandai tentang mekanisme dan tatacara kerajaan. Tapi mereka tahu mengawan dengan orang kerajaan yang mereka join. Mereka bagi convincing talk dan perbuatan, yang menghilangkan curiga orang kerajaan, lalu yakin bahawa ini bos boleh kautim, lalu buat duit sama sama guna jentera kerajaan. Pemimpin umno akan cover perbuatan buruk orang kerajaan. Dia guna cakap politik, putar belit, dan dia ke depan. Pegawai kerajaan akan sorak kata inilah pemimpin yang understanding, yang boleh buat duit sama sama. Satu je slogan mereka untuk beautify kerja jahat mereka, yakni inilah sebahagian daripada agenda bangsa, sebab bangsa dia masih jauh ketinggalan, biar mereka buat duit, boleh lah tolong bangsa dia nanti. Nak kutuk najib zahid…

Like
Teres Saint
Teres Saint
May 23, 2022
Replying to

Inilah disebutkan: yang jahat semakin jadi jahat, yang menipu di tipu, yang bodoh semakin di bodohkan.. sampai bila? Sampai bila sedar ini lah yang menjejas masyarakat dan negara jadi semakin lemah.

Like
bottom of page