KARTEL DIKALANGAN KETUA-KETUA SETIAUSAHA (KSU) DAN PEGAWAI PTD
Sejak negara ini huru-hara dengan perebutan kuasa dan pengalehan tampuk pemerentahan rakyat bimbang dengan perkembangan masa hadapan negara. Namun bagi Ketua-Ketua Setiausaha (KSU) mereka terus tenang dan tidak rasa bimbang dan gusar kerana situasi ini memberi mereka lebih banyak ruang untuk menjarah kekayaan negara. Tambahan pula jika mereka menerima Menteri baru yang tidak tahu tentang pentadbiran kementerian maka mereka lah yang akan menjadi Menteri di kementerian ini.
Pada pendedahan kali ini kita akan melihat bagaimana beberapa KSU Kementerian menjarah laba untuk mengisi kantung kekayaan mereka melalui kerjasama bersama kartel yang memang tersohor melakukan jenayah dan rasuah dinegara ini.
Di dalam dunia PTD, ada satu perumpamaan di kalangan mereka yang kaki-kaki rasuah bersama penjawat awam. Pepatahnya berbunyi "Di mana ada kelulusan dan lesen, disitulah lubuk wang".
Didalam banyak Kementerian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP antara Kementerian yang paling banyak memegang kelulusan, AP dan lesen-lesen perniagaan oil dan gas. Di Kementerian ini KSU menjarah hasil tanpa segan silu dan rasa kesian dengan rakyat yang terbelenggu dengan kenaikan harga barang.
Walaupun mandat diberikan oleh kerajaan untuk Kementerian ini menjaga barang-barang kawalan agar ianya mudah dan murah untuk rakyat, KSU dan penjawat awam didalam Kementerian ini lebih cenderung menjaga tauke-tauke besar yang bermaharajalela di seluruh negara. Mereka menjadi kartel yang bersembunyi didalam Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
Sejak dari zaman KSU KPDNHEP dikuasai oleh Dato Muiz , sekarang KSU Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai dalam KPDNHEP korup dan dipelihara oleh sindiket -sindiket penyeludupan dan pencuri minyak. Semua orang tahu betapa rapatnya Seng Group dengan Dato Muiz. Seng Group ini mempunyai lebih 100 stesyen minyak BHPetrol, hasil usahasama dan hubungan erat antara pemilik Seng Group, Dato Muiz dan Azizul General Manager Kanan BHPetrol yang kautim pelbagai keperluan lesen, supply dan juga bantuan kewangan serta bersengkongkol memajukan Seng Group secara haram. Tentunya setiap bantuan yang Muiz dan Azizul Zam Zam beri ada balasan dari Seng Group. Tanyalah semua orang di KPDNHEP, betapa baiknya hubungan mereka bertiga ini, sejak Muiz menjadi Pengarah KPDN di Wilayah Persekutuan lagi, hubungan mereka amat rapat.
Dato Muiz juga KSU yang bertanggungjawab untuk meluluskan banyak kelulusan bagi Seng Group untuk memperolehi lesen bagi menubuhkan jenama stesyen minyak sendiri iaitu janam FIVE, diluluskan hasil kerja kuat Muiz dan rakan – rakan. Bila dah dapat kelulusan, dapatlah habuan, sampai boleh bina rumah rehat besar dalam hutan di Rembau, kampung asal si Muiz. Kalau nak berjumpa antara mereka, carilah di hujung minggu di Rembau. Selalu lah mereka berjumpa didalam rumah rehat mewah yang Muiz bina disebuah dusun kelas A di Rembau hasil bantuan Seng Group yang dapat lesen jenama stesyen minyak Five di Malaysia. Bila Muiz keluar, kekosongan KSU diisi oleh Hasnol Zam Zam sebagai KSU di KPDNHEP.
Jangan kita menyalah anggap bahawa semua telah baik ekoran pertukaran ini. Things are not getting better at KPDNHEP. Hasnol dan Muiz bersahabat baik, jadi segala connection Muiz diserahkan kepada Hasnol untuk diteruskan, termasuklah hubungan baik antara Seng Group dan runner mereka didalam BHPetrol, Azizul. Nak tahu lebih lanjut, tanyalah kenapa BHP terutamanya stesyen Five , milik Seng tak pernah kena sebarang tindakan walaupun jelas stesyen kecil tetapi jualan minyak volumenya tinggi menggila. Stesyen Five ini adalah tempat mereka cuci duit hasil menjarah minyak subsidi kerajaan.
Kalau ikut logik, ini menunjukkan ketirisan tetapi demi ikatan kasih sayang antara Seng Group, Azizul dan Hasnol, perkara ini dibiarkan dan disapu dibawah karpet. Tanya dealer BHP, pernah tak lori minyak datang dan sekadar tukar minyak antara lori, dan tidak masuk ke dalam tangki stesyen? Ini semua kartel pencuri minyak yang berleluasa di peringkat bawah, dan kebocoran ini dipandang sebelah mata kerana KSU leka dan lalai dibuai oleh tauke-tauke besar dan kroni mereka. Malahan ini adalah percaturan mereka yang melahap bayaran bulanan ratusan ribu ringgit.Sekarang Dato Muiz di MINDEF. Dia cuba untuk beroperasi dan menggunakan kedudukannya sebagai KSU untuk kepentingan peribadi. Seng Group tengah mencuba, untuk menjadi pembekal minyak petrol dan diesel untuk MINDEF. Di kalangan “circle” beliau, beliau menjaja yang kononnya dapat mandat dari MenHan untuk tolong susun atur projek dan pembangunan, “bantu collect untuk kuatkan Menteri”; itulah yang di jaja oleh broker -broker yang kenal dan rapat dengan beliau. Nak berjumpa boleh, tetapi ada yuran ada sampai RM 30K sebelum sebarang rundingan diadakan. Dato Muiz ini bukan pandai sangat cakap Mat saleh. Kalau nak dikira Mat Sabu lebih baik. Tetapi semua deal bagi pihaknya dilakukan oleh PICO gred 48 yang merupakan budak suruhannya.
Sekarang ini, Muiz tengah didalam keresahan kerana beliau akan tamat perkhidmatan pada Mei 2022. Operasi untuk melobi telah bermula, untuk di sambung perkhidmatan. Dengan menggunakan dana–dana yang sedia ada dan bantuan Seng Group, mereka tengah mengorak langkah untuk melobi di JPM. Tengah cari connection dengan KSN dan KPPA menggunakan apa acara sekalipun. Alasan yang diguna mudah, “election dah dekat, nak teruskan bantu H2O kutip dana untuk PRU”.
Kualiti kerja tidak kemana, lebih kepada menjadi anjing suruhan orang-orang politik, dengan harapan dapat terus sambung nyawa dan kekal berkuasa. Inilah realiti perkhidmatan awam negara sekarang. Dato Muis juga turut dijaja oleh H2O untuk diletakkan sebagai KSN.
Dato Seng di zaman PH ikut rapat punggung Saifuddin Nasution Menteri KPDNHEP. Bila PRK Port Dickson, Dato Seng funder utama kempen Anwar Ibrahim untuk PRK, dan ditukar ganti dengan Saifudin Nasution memberi lesen utk stesyen minyak Five beroperasi sebagai retailer minyak ke 6 negara. PH gadai lesen retail dan jejaskan keuntungan Petronas demi untuk wang. Yang tolong buat paper untuk kelulusan lesen dan sign kelulusan, Dato Muiz yang merupakan KSU masa tu. Bila Muiz ke MINDEF, dia lobi orang dia tak lain tak bukan Hasnol Zam Zam kepada Dato Seng dan guna pengaruh Menteri untuk lantik sebagai KSU.
Sebagaimana yang KSU tahu Syarikat Dato Seng walaupun banyak kesalahan di stesyen-Stesyen minyak Five, tapi KPDNHEP tidak ambil tindakan. Dalam BHP sahaja Dato Seng ada 100 stesyen minyak bawah BHP, dan semua stesyen tidak pernah ada masalah enforcement، menunjukkan betapa korupnya penguatkuasaan bila makan suap dari tuan cina mereka yang seorang ni. Mereka pula tidak segan silu meratah pengusaha stesyen BHP dengan berbagai tekanan. Sebab itu antara stesyen minyak kita dapat saksikan BHP lah yang paling muram.
Malang sungguh BHP ini yang merupakan Syarikat Melayu yang di hancurkan oleh dua KSU durjana ini Muiz dan Hasnol Zam Zam.
Jadi apabila PRK Port Dickson menyaksikan Anwar Ibrahim bertanding, Dato Seng telah menawarkan jutaan ringgit untuk tabung kempen Anwar Ibrahim ketika itu, melalui Saifudin Nasution.
Trade off nya? Seng Group diberi satu lesen retail petrol untuk membuka stesyen-stesyen dengan jenama sendiri iaitu jenama Five. Siapa yang beri cadangan dan siapkan kertas kerja? Dato Muiz mantan KSU. Siapa yg bantu luluskan dan tandatangan kelulusan? Dato Muiz.
Mudah betul berniaga kalau pandai membela hantu-hantu PTD yang sanggup makan rasuah.
Dibawah KSU Hasnol Zam-Zam, Azizul GM BHP rakan Muiz dan Seng? Azizul juga rakan baik Hasnol. Seng telah di"wariskan" kepada Hasnol atas jaminan Hasnol akan dibela dan jaga sepenuhnya oleh Dato Seng.
Tugas Hasnol Zam Zam?
Pastikan lebih 100 stesyen Seng di dalam BHP tidak diganggu dan operasi mereka untuk rompak minyak subsidi dari tangki stesyen-stesyen berjalan lancar dan tidak terganggu. Mudahkan semua permohonan untuk stesyen minyak Five beroperasi dengan mempercepatkan permohonan lesen PDA. Stesyen Seng dalam BHP pula dalam proses untuk tukar jenama dari BHP ke Five. Maka Hasnol kena kerjasama dengan Azizul sebagai Menaging Director BHP untuk pastikan perkara ini berjalan dengan lancar, tanpa Seng Group di denda atau diambil tindakan.
Inilah realiti apa yang berlaku. Wang bertukar tangan demi kelulusan dan juga mudah cara yang merugikan rakyat. Jenama baru stesyen minyak ini merugikan negara, atas sebab pelbagai ketirisan akan berlaku apabila tauke-tauke ini ada akses kepada bekalan minyak bersubsidi dalam jumlah yang besar. Penyeludupan akan berlaku. Enforsemen dibawah KPDNHEP dibutakan mata dengan wang ringgit.
Kelulusan untuk tauke-tauke dimudahkan dan dicepatkan, derita rakyat yang harga sayur meningkat, harga ayam naik dan harga keperluan melangit tidak dipedulikan dan dipandang sebelah mata.
Inilah realiti Kementerian ini, dibawah Menteri blur, lembab dan penakut seperti Alex Nanta Linggi, yang mengemis wang politik dari KSU sendiri.
Satu lagi Kementerian yang Menterinya bingai walaupun lawyer dan telah dikuasai oleh KSU Wanita. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Tak padan dengan perempuan membuat rasuah dahsyat juga dia ni. Dia dibantu oleh suaminya dengan menyalurkan berbagai maklumat projek-projek kerajaan untuk mereka jarah bersama.
KSU ini menjadi pemberi maklumat kepada suaminya, seorang CEO GLC di MOF yang mempunyai hubungan dengan Khazanah. Banyak membida projek-projek besar kerajaan dengan bantuan isterinya sebagai KSU. Malahan kalau ada pihak lain yang bentang proposal untuk kepentingan kerajaan dan negara tidak mudah untuk beliau luluskan jika tanpa melalui atau bantuan suaminya. Ada projek yang mereka kebas kepada mereka jika projek berkenaan baik dan KSU mempunyai kuasa untuk meluluskan. Memang teruk KSU ini bekerja menjarah harta negara dan rakyat bersama suaminya.
Sampai bilakah negaraku harus menjadi lubuk rasuah dan salah guna kuasa oleh PTD-PTD dan KSU-KSU durjana ini? Sampai bilakah KSU-KSU ini terus berkuasa?. Mereka merosakkan negara dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Mereka tidak bekerja untuk kerajaan bagi menaikkan imej kerajaan dan negara. Mereka mengkayakan diri sendiri dan ahli keluarga.
Dato Seri Perdana Menteri, Tan Sri KSN, Dato Sri KPPA. Tolonglah rakyat dan negara. Nyahkan lah mereka ini. Guna lah kuasa anda demi rakyat dan negara.
Tunggu untuk siri KSU Kementerian lain pula.
Negara memang dalam keadaan parah laksana barah stage 4 menanti kematian!! Ramai rakyat yang tak tahu dan tidak ingin ambil tahu! Reboot button mmg perlu di tekan tapi risikonya amat tinggi terutama kepada rakyat namun ia sangat perlu dibuat. Mereka ini perlu disumbat ke dalam! Mereka adalah binatang yg bertopengkan manusia dan yg paling mendukacitakan ia dilakukan oleh orang Melayu yg beragama Islam!
Ksu Dan dg sama sama.