Penyelewengan Perolehan Kontrak Kerajaan: Penyelenggaraan Sistem C4i PDRM bernilai RM74 Juta oleh kartel DIG Mazlan Lazim dan SHT Engineering Sdn Bhd
Mazlan Lazim merupakan watak yang kerap menjadi kontroversi di mana dia dikaitkan dengan pelbagai salah laku dan juga skandal yang melibatkan PDRM sewaktu dia menjadi pengarah jabatan logistik dan timbalan ketua polis negara. Nasib baik lah kontrak dia tak disambung, kalau tidak habislah satu negara dia jual. Segala kerosakan yang dia buat semua orang tahu, pengarah pengarah pdrm pun tahu. Tapi apakan daya, Malaysia sekarang mengagungkan orang orang macam dia dan diberi pula pangkat lebih tinggi.
SHT Engineering pula merupakan sebuah syarikat yang pada asalnya merupakan syarikat dalam bidang pertanian yang telah diberi banyak layanan istimewa oleh PDRM ketika Mazlan Lazim menjawat jawatan pengarah jabatan logistik dan timbalan ketua polis negara. Segala kerja kotor dia akan dia jalankan dengan jayanya bersama Aiman Loh dari SHT. Aiman Loh ni konon kononnya menurut cerita dia amat power sehinggakan Pengarah Bukit Aman pun dia boleh tukar. Kata dia kepada geng Bukit Aman, “Aku ni kebal. IGP dan Pengarah tidak boleh ambik apa apa tindakan kat aku.” Dia sering menjaja cerita yang semua masalah dia boleh settlekan dengan DIG Mazlan. Biasalah kalau dah memang ada darah DAP sikit mmg macam tu kalau dah dapat kuasa sikit. Aiman Loh ni juga sering menjaja cerita kepada orang ramai yang Menteri KDN pun amat baik dengan dia dan semua projek yang dia masuk tender adalah arahan menteri. Syarikat SHT ini juga mempunyai kaitan dengan syarikat Techna-X yang diketuai oleh warganegara People Republic of China. Apalah hendak dihairankan kalau MySejahtera tu ada kaitan dengan Singapura bila sistem keselamatan negara dengan mudahnya kita berikan segala akses kepada syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan menjual kerahsiaan sistem keselamatan PDRM.
Mungkin ramai tertanya tanya bagaimanakah Mazlan Lazim dan SHT Engineering ini menjalankan misi menjayakan taktik mereka dalam memastikan kontrak kerajaan berjaya mereka sapu walaupun syarikat SHT yang dikenal sebagai syarikat sembelih ayam di pasaran amat tidak layak dalam memenangi apa apa kontrak IT dan keselamatan negara sekalipun.
Malaysia Boleh! Syarikat sembelih ayam menjaga sistem keselamatan negara.
Mazlan Lazim menggunakan kedudukan dia sebagai Pengarah Logistik dalam memastikan setiap sebut harga dan tender kerajaan hanya dipengerusikan oleh dia terutamanya dalam kontrak C4i ini. Mazlan Lazim akan memastikan setiap mesyuarat di peringkat teknikal di Bukit Aman akan dianggotai oleh kartel dia dan setiap keputusan mesyuarat memihak kepada dia dan kroni dia.
SHT Engineering Sdn Bhd teramat tahu yang mereka tidak mempunyai apa-apa kepakaran dan menurut sumber mereka juga tidak mendapat sokongan syarikat-syarikat pembekal utama sistem ini. Memandangkan kekurangan ini SHT Engineering yang diketuai oleh Penipu dan Pemfitnah terbesar telah memalsukan dokumen dalam memastikan syarikat mereka disenarai pendek. Banyak Kenyataan Pematuhan tender yang ditipu oleh syarikat SHT dan jika proses audit dijalankan sudah amat pasti yang SHT Engineering akan KANTOI dengan penipuan yang ketara ini. Masalah ini amat diketahui di dalam Bukit Aman dan bukan lagi rahsia. Katanya Aiman Loh berjaya claim duit kontrak walaupun penyelenggaraan sistem ini masih tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Segala maklumat ini disembunyikan dengan memastikan segala mesyuarat di ketuai oleh ahli-ahli kartel mereka. Yang menjadi mangsa adalah wang rakyat. Wang kerajaan berpuluh juta diberikan kepada syarikat penipu yang tidak mempunyai kepakaran dan sistem masih bermasalah. Tak hairan kalau geng-geng hackers negara luar senyum sahaja nak hancurkan sistem PDRM. Sudahlah menipu maklumat nak menang tender, harga pula paling mahal, penyelenggaraan sistem pun tidak mampu dilaksanakan, tapi masih diberi keistimewaan.
SHT Engineering juga telah subcon sebahagian besar projek ini sebanyak 50.8 juta ringgit kepada Techna-X. Ini boleh dilihat dalam sebaran mediar Techna-X sendiri. Syarikat ALI BABA macam ni yang diberikan kontrak. Techna -X ini merupakan syarikat senarai awam yang juga tidak mempunyai kepakaran dalam IT yang mana dulunya dikenal sebagai Sino Huan Berhad. Bisnes utama mereka dahulu adalah pembuatan arang industri dan sekarang ini diberi kontrak sistem keselamatan negara.
Pengarah Urusan Techna-X adalah WARGANEGARA People Republic of China. Mudah lah segala rahsia sistem PDRM selepas ini diakses oleh penjenayah siber dari China yang ingin menghancurkan negara. Sistem yang sepatutnya rahsia di beri akses kepada Syarikat yang diketuai oleh Orang China. Janganlah terkejut jikalau Malaysia nanti menjadi seperti Sri Lanka akibat dari kerakusan dan kebobrokan Mazlan Lazim dan konco-konconya.
Pastinya semua tertanya-tanya, adakah sebegini teruk keadaan keselamatan negara yang mana kita boleh lihat dengan mudah bagaimana benteng pertahanan yang kita harapkan sudah menjadi alat mainan manusia-manusia durjana seperti Mazlan Lazim dan konco konconya.
Mazlan Lazim pula untuk menjaga segala rahsia penipuan ini telah melantik SUPT Nor Sham Sul bin Yaakob (G 13687) sebagai ketua projek C4i. Semua pegawai yang tidak sebulu dengan mereka dan menyoal tindak tanduk mereka akan diftitnah dengan pelbagai cara. Kalau kita lihat dari sejarah dia pun kita boleh tahu, dia merupakan seorang pegawai yang memang tidak tahu ilmu-ilmu teknikal, pembodek tegar, penipu, pemfitnah dan juga suka makan ikut tepi. Wahai Nor Sham Sul yang budiman segala kerja kerja kotor anda semua orang tahu. Macam mana performance Microsoft Surface? Ohhh tak bagus ke? Laptop Huawei pun tak bagus ke? Nak balun side income pun jangan lah libatkan ibu bapa. Bila orang tanya, dia jawab mak bagi hadiah iPhone 13pro max dan Samsung Z-fold. Tidak cukup lagi ke duit duit makan tepi SHT bagi. Tapi tidak apa, orang melihat dan orang tahu. Cuma nak pesan, melindungi penipu yang menipu ‘Kenyataan Pematuhan tender’ adalah kesalahan jenayah. Itu seleweng duit rakyat tau. Nak pegi makan buka puasa bersama, dapat duit raya tepi tu betul ke? Tapi yang pasti, jikalau tiada tindakan diambil, satu laporan kepada ketua audit negara, SPRM, MoF dan PAC akan dilakukan. Semua saksi dah sedia untuk beri keterangan. Tunggu sahajalah langit tinggi rendah nanti. Pegawai/Anggota lain nak buat kerja betul kau fitnah, kau burukkan, tapi last last diri sendiri yang kantoi. Ingat Nor Sham Sul kes kau dengan bini 1st kau dulu pun orang tahu. Segala bukti fitnah pun ada, cuma tunggu masa sahaja nak dedahkan. Zaman teknologi ni segala perbualan direkod. Kes sapu laptop yang dengar dengar dari company CCTV tu pun dah cukup nak jadi kes sprm kalau orang nak report. Kes yang syarikat SHT di report kepada JiPS tu dah selesai ?? Janganlah nak cover semua. Ingat semua ni duit rakyat, bukan duit mak bapa kau. Belum buka cerita lagi pasal duit 10k yang diambil dari seseorang tu, ke nak kami buka juga ke? SUPT Nor Sham Sul ni selalu membawa cerita bahawa dia tidak boleh dikenakan apa apa tindakan kerana dia kebal dari Pengarah JIPS. Betul ke kebal tu? Nak test juga benar atau tidak.
Seorang lagi yang menjadi konco kartel Mazlan Lazim adalah ACP Basri bin Abu Bakar (G11514). Dia ni adalah Boss kepada SUPT Nor Sham Sul. Tapi dia tak berani nak kacau Nor Sham Sul sebab Nor Sham Sul ni selalu cerita yang dia dapat arahan DIG Mazlan. “ I jaga u, u jaga I tau” . ACP Basri ni memang pernah ada kes pun. Dulu menangis-nangis bertaubat selepas SPRM masuk kes invois palsu. Bila dah diberi peluang, nampak sahaja ada peluang mulalah dia naik taring. Macam mana padang golf Desaru? Mana syarikat tidak rasa terbeban bila buat bengkel dengan PDRM untuk pastikan User Requirement betul dan tepat, kamu pergi bermain golf dengan jayanya waktu kerja. Mudah betul makan gaji polis ni. Main Golf gelak sana,gelak sini, makan sana makan sini, settle. Lepas tu dengan penuh bangga pegawai-pegawai dia letakkan gambar dalam Facebook baru lepas main golf. Sudah-sudahlah. Semua mesyuarat dipastikan makanan dan minuman hendaklah dibayar kepada katering isteri dia. Sampai syarikat yang bayar duit makan pun pening, asyik makan menu sama sahaja.
Dan yang paling terbaru, pergi Switzerland atas urusan kerja pun bawa isteri? Siapa bayar tiket tu ? Makan minum di sana asing-asing ke? Lepas tu dengan penuh bangga tunjuk dalam FB berjalan-jalan di Switzerland. Siapa bayar mahal-mahal tu???? Majlis buka puasa pun bawak anak-beranak. Tidak faham ke perbezaan tugas dan nak hentam duit syarikat. Macam mana, dah dapat endorsement nak naik pangkat SAC ke? Bodek dah berjaya ke? Kalau tidak berjaya lagi pergilah mintak Aiman Wong bodekkan ke Mazlan untuk kowtim dengan Ahli SPP. Kurang-kurangkanlah main golf waktu kerja. Bulan puasa time kerja Rabu 27 April 2022 3 ptg di Tropicana Golf tee off main golf dengan pimpinan kanan PDRM untuk lobi jadi KPP. Habis tinggal semua kerja penting. Apalah nak jadi kau ni Basri.
Inilah nasib Malaysia sekarang. Mazlan Lazim yang penyamun besar pun katanya akan dilantik ahli Suruhanjaya Polis. Baguslah, lagi senang dia lantik orang orang dia di jawatan penting. Last sekali Negara lingkup baru nak ambik tindakan. Minta IGP dan pengarah JIPS tengok-tengoklah perkara yang dibangkitkan dalam artikel ini. Nak tunggu sampai report polis betul-betul orang politik buat baru nak ambik tindakan? Ke nak tunggu report sampai ke TMJ baru nak ambik tindakan.
Cukup sahaja setakat ini, kita buka lagi kalau tidak betul. Ingat, ramai yang memerhati!
P.S.
Mazlan Lazim, for most of his career, served in Kelantan. His last post there was CPO Kelantan before he was transferred to Bukit Aman. He lobbied hard for the post of Head of Logistik - and got the job via a Surat Kuning from the Sultan of Kelantan.
When the guardian of law is the main perpetrator….