top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

AZAM  BAKI  -  MENGAPA  PM  DAN  AGONG  TAKUT  BERTINDAK  ?



Tamrin Tun Ghafar


Sabtu - 22/01/22


(1 -  17 )



1.   Walaupun berbagai jentera  kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan  bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat  MENUNTUT  Azam BaKI  DITANGKAP namun jika dilakukan  kajian atau survey  saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta  BUKAN  DI CUTI  ATAU  DI PINDAHKAN ke Jabatan lain


2.  Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi  SPRM itu sendiri ; apakah  PEGAR YANG  DI HARAPKAN  TIDAK  LAGI  BOLEH  DI PERCAYAI ?


3.  Azam umpama SETITIK  NILA  YANG  MEROSAKAN  SUSU  SEBELANGA 


4.  Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA  umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam


5.  Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !!


6.  Yang hairannya TERNAMPAK  mengapa Ismail Sabri  bersungguh - sungguh  CUBA mempertahan Azam ;  sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi  seperti beliau ini TIDAK  MENCAMPURI perkara sebegini


7.  Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK  BERSETUJU  cadangan pembentukan RCI ,  dan juga  mengajak  rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission  memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN  kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN  adiknya


8.  Dari mana SUMBER  wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan


9.  Rakyat juga mula MEMPERSOAL   mengapa  Agong TIDAK  BOLEH  mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ?


10.  Kata mereka  JIKA  Agong boleh  mengenepikan Perlembagaan apabila melantik  Mahiaddin  yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau  SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI  yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid  yang kebetulan Timbalan Pengurusi  Parti PEJUANG  WP


11.  Sultan  Perak  , Timbalan Agong  sendiri  telah  MENYENTUH  isu SPRM  ini


12.  Demi ketulusan , saya  BERSETUJU cadangan Dr. MAZA  , Mufti Perlis  demi menggembalikan kepercayaan  dan keyakinan rakyat , SPRM  PERLU  DI ROMBAK  atau  'REVAMP'  semula


13.  YANG  PENTING ,  sebagai Perdana Menteri  Ismail MISTI  dengar  dan ambil kira pandangan majoriti  rakyat


14.  Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI  akan  MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti  malah Pilihanraya Kecil Negeri  ( PRN ). Johor


15.. Rakyat khususnya  pengundi MAHU  TAHU sejauh mana  Kerajaan BERSUNGGUH  MAHU  MENGHAPUSKAN  Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya  'LIP  SERVICE'  atau bermain dibibir sahaja


16.  RCI  juga PATUT  ditubuhkan  bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang  bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang


17.   BERANI 

         KERANA

         BENAR

         TAKUT

         KERANA

         SALAH



Wassalam

Terima Kasih

2,340 views0 comments

Related Posts

See All

Comments


bottom of page