🇲🇾 💰💰💰💰PERASUAH JUTAWAN AZAM BAKI DAN ABU KASSIM YANG ANDA TIDAK KENAL
SUNGGUH MEMALUKAN DAN MENJIJIKAN. AZAM BAKI SILA LETAK JAWATAN JIKA ADA SISA2 KEMALUAN !!
Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Azam Baki merupakan seorang JUTAWAN yang mengumpul kekayaan sejak tahun 2013 iaitu apabila dia dilantik Pengarah Bahagian Perisikan SPRM pada tahun 2013 dengan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarganya.
Penyalahgunaan kuasa ini telah berlaku dalam pengetahuan serta penglibatan Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, iaitu Tan Sri Abu Kassim yang melantik Azam Baki ke jawatan tersebut. Abu Kassim juga merupakan payung dan mentor kepada segala kejahatan Azam Baki. Abu Kassim sendiri merupakan seorang jutawan semasa menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya. Bank Negara Malaysia boleh mengesahkan perkara tersebut.
Hari ini, kami nak dedahkan satu perkara tentang kekayaaan Azam Baki yang merupakan ‘Open Secret’ kepada khalayak, cumanya tak pastilah sebelum ni semua pihak benar-benar tidak tahu atau tutup sebelah mata sahaja.
Pada tahun 2014, Azam Baki merupakan pemegang saham yang ke-12 terbanyak dalam sebuah syarikat Public Listed, KBES Berhad dengan jumlah 1.9 juta saham. Bagaimana seorang penjawat awam dengan pangkat Jusa C dari keluarga yang biasa mampu menjadi di antara 30 pemilik saham terbesar KBES Berhad? Hebatkan Azam Baki? Lagi Hebat Abu Kassim yang buat-buat tak tau. Tak Percaya? Sila rujuk Laporan tahunan KBES Berhad tahun 2014.
https://www.malaysiastock.biz/Handler/GetReport.ashx?file=AR/2015/5/26/5079%20-%201638517051481.pdf&name=KBES-AnnualReport2014.pdf - Sila rujuk M/S 87.
Jika anda teliti penama-penama 30 pemegang saham terbesar tersebut, hebatnya Azam Baki apabila saham yang dilimiki dia lebih banyak berbanding dengan pemegang saham no.17 yang bernama Rafidah binti Abdul Aziz.
Cuba tengok buku Laporan tahunan 2015 syarikat yang sama pula, Azam Baki merupakan pemegang Saham terbesarke-19 dengan jumlah saham 1 juta. Mesti tertanya-tanyakan kenapa jumlah saham dah kurang? Mana tidaknya, cuba tengok penama pemegang saham ke-8 tertinggi - Nasir bin Baki yang juga merupakan adik Azam Baki - yang memegang saham berjumlah 3.72 juta.
Dalam Syarikat yang sama, seorang lagi kawan akrab Azam Baki iaitu Dato’ Sri Lim Kok Han atau lebih mesra “Teleng” juga merupakan pemegang saham berjumlah 2.3 juta pada tahun 2014 dan 2.7 juta pada tahun 2015. Siapa payung siapa ini?
https://www.malaysiastock.biz/Handler/GetReport.ashx?file=AR/2016/4/28/5079%20-%201019526812104.pdf&name=KBES_AR2015.pdf - sila rujuk M/S 88 & 89.
Bukan setakat itu sahaja, Dato’ Sri Teleng juga merupakan rakan kongsi Abu Kassim dan anaknya yang kononnya Abu jadi mangsa dalam kes siasatan 1MDB tetapi Abu lah bantu Bossku dengan memberi statement yang duit RM2.6 b bukan dari 1MDB. Abu ini orang kuat bossku pada ketika itu untuk kekal status quonya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Anak Abu Kassim, Mohammad Hazmi Abu Kassim merupakan pemegang saham Syarikat Prolific Group Sdn Bhd di mana keluarga Dato’ Sri Teleng memegang 51% saham syarikat tersebut. Malahan, Prolific Group Sdn Bhd yang mempunyai revenue hampir RM7 juta setiap tahun didapati tidak membayar cukai sejak 10 tahun yang lalu.
Kekayaan Azam Baki bukan melibatkan sekadar sebuah syarikat public listed tetapi Azam Baki juga merupakan pemegang waran No.5 antara 30 pemegang waran terbesar syarikat Excel Force Berhad sebanyak 2.1 juta waran.
Kami sharekan link untuk tatapan anda semua.
“Kebetulan” Dato’ Sri Teleng juga memegang jumlah waran sebanyak 328 ribu. Betul ke milik Teleng atau dia tolong pegang untuk mentor Azam Baki?
http://www.insage.com.my/ir/interactiveAR/EFORCE/interactiveAR2015/118/ - Rujuk M/S 117
Selama ini, seorang Ketua Pesuruhjaya yang kononnya merupakan calon yang terbaik untuk menjunjung jawatan yang disegani itu, rupa-rupanya seorang penipu serta pengkhianat yang berjaya menipu rakyat dengan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan dengan bertopengkan perwatakan seorang yang baik.
KITA SEMUA TERTIPU !!
Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk mendesak Azam Baki dilucutkan jawatannya dengan serta merta dan siasatan terperinci dijalankan terhadap dia dan mentornya, Abu Kassim.
Kami Keluarga Malaysia mahu Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri mengambil tindakan tegas untuk menyelamatkan maruah SPRM dan negara.
“WE ARE WATCHING YOUR ACTION”.
Comments