PENDEDAHAN MAHKAMAH TINGGI YANG MUSNAHKAN INTEGRITI APANDI ALI DAN MALUKAN NAJIB RAZAK
Pada hari ini banyak media menyiarkan berita Apandi Ali kalah saman malu rm10 juta terhadap Lim Kit Siang (LKS) berkaitan skandal 1MDB.
Apandi mendakwa tulisan LKS dalam satu artikel pada 2019 seolah menuduh Apandi bersubahat dalam satu jenayah terutama skandal 1MDB, tidak mempunyai integriti, TIDAK BERMORAL, TIDAK BERETIKA dan menyalah guna kuasa sebagai Peguam Negara (AG) ketika itu.
Mahkamah mendapati tulisan LKS terhadap Apandi adalah 'fair comment' dan berasas (justified). Dalam perkataan terbalik, mahkamah anggap Apandi ni memang betul tak ada integriti, tak bermoral, tak beretika dan telah menyalah guna kuasa.
HUJAH² MAHKAMAH YANG MEMALUKAN APANDI (PLAINTIF) DAN NAJIB
Saman malu yang backfired atau makan diri.
Sebenarnya kita tidak peduli sangat soal Apandi kalah dan LKS dapat rm80ribu dari Apandi dalam kes saman malu ini. Padan muka dia bikin malu diri sendiri bila dia sebagai Bekas Peguam Negara kecundang dalam court.
Dalam court pun dia boleh menangis masa beri keterangan. Konon orang akan simpati kepada dia.
Yang kita peduli (dan seperti kita sekian lama sudah bangkitkan) ialah bagaimana Najib 'pecat' AG Gani Patail dan gantikan dengan AG Apandi semasa Special Task Force sedang menyiasat skandal 1MDB. Semata² hendak halang dan ganggu siasatan oleh Peguam Negara, SPRM, BNM dan PDRM ketika itu untuk lindungi pembabitan Najib.
Antara alasan² penghakiman oleh Mahkamah Tinggi yang mendedahkan suasana kejadian dan perbuatan curang oleh Apandi Ali sebagai Peguam Negara ialah:-
◾Umum sedia mengetahui bahawa desakan² supaya siasatan dan pendakwaan terhadap pelaku² dalam skandal 1MDB, telah disuarakan melalui saluran yang betul (proper channel).
◾Satu Task Force membabitkan SPRM, BNM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara (ACG) ditubuhkan untuk menyiasat dan membuat syor berhubung skandal 1MDB.
◾Adalah terang dan jelas aduan bertahun² lamanya melalui saluran yang betul itu telah TIDAK DIENDAHKAN oleh Apandi Ali sehingga dia dipecat sebagai Peguam Negara apabila Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU-14.
◾TIDAK ADA SEORANG PUN yang didakwa dalam skandal 1MDB (dan SRC) selama Apandi Ali menjadi Peguam Negara.
◾Apandi Ali bersikap meremehkan (dismissive attitude) untuk bertindak dalam skandal 1MDB dan selanjutnya dia telah MEMBEBASKAN (EXONERATED) NAJIB DARI SEBARANG KESALAHAN JENAYAH.
◾Pada sidang media pada Januari 2016 Apandi Ali telah umumkan bahawa dia berpuas hati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku jenayah berasaskan bukti² yang ada.
◾Mahkamah dapati keanehan² mencolok (glaring peculiarities) oleh Apandi Ali sebagai Peguam Negara dalam mendapatkan kerjasama bantuan perundangan atau 'mutual legal assistance' (MLA) dengan negara² luar semasa siasatan 1MDB berjalan.
◾Apandi Ali telah mengaku semasa disoal balas dalam mahkamah bahawa adalah mustahak (imperative) untuk mendapatkan kerjasama MLA berkaitan 1MDB dari negara² luar, NAMUN DENGAN TERANG² DIA MENOLAK BANTUAN YANG DITAWARKAN OLEH Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Kerajaan Switzerland pada ketika itu.
◾Apandi Ali sendiri bertindak menanda 'NO FURTHER ACTION' atau 'KEMAS UNTUK SIMPAN' terhadap syor² pihak² penyiasat pada ketika itu.
◾Tindakan dan Tiada Tindakan oleh Apandi Ali sebaliknya telah membantu melindungi 1MDB dan pihak² yang disyaki terlibat (siapa lagi kalau bukan termasuk boss dia Najib).
◾Ternyata ujud bukti² dan alasan² kukuh untuk menyiasat Apandi Ali yang menutup (cover-ups) skandal 1MDB.
DI AKHIR HUJAH, HAKIM TELAH BERKATA :-
🔽▶️The AG must be proactive, fearless and act rigorously ensuring no measure of corruption and crime should ever be left unchecked,” she said, adding that it was perplexing for the plaintiff (Apandi) to insist on concluding the ongoing investigations when there were questions still left unanswered.◀️🔼
Saya cuba ringkaskan terjemahan hujah hakim di atas seperti berikut :
"PEGUAM NEGARA MASA TU ADALAH BADUT SURUHAN NAJIB"
P/s Komen macai Penyamun dalam last screenshot yang i tempek tu, puan² dan tuan² nilailah sendiri. Fake news pun mereka pakai.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/05/23/ex-ag-apandi-loses-defamation-suit-against-kit-siang-over-1mdb-related-article/8391
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/05/798788/apandis-suit-against-kit-siang-thrown-out
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/844957/mahkamah-tolak-saman-fitnah-apandi-terhadap-kit-siang
https://www.theedgemarkets.com/article/court-dismisses-apandi-alis-rm10-mill-defamation-suit-against-kit-siang
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/23/court-dismisses-apandis-defamation-suit-against-kit-siang/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/958626/mohamed-apandi-gagal-saman-fitnah-rm10-juta-kit-siang
https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/05/23/former-ag-apandi-loses-defamation-suit-against-kit-siang
Comments