top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

Adik Bella..."the tip of the iceberg!"



Isu adik Bella yang sedang dibicarakan di mahkamah hari ini hanya "the tip of the iceberg". Ia isu kartel sapu duit derma dan peruntukan kebajikan kerajaan atas nama kerja kebajikan tetapi sebenarnya syaitan berselindung atas nama aktivis amal.

Ingat peristiwa kematian anak syurga adik adam berusia 10 bulan. Dia dimasukkan ke rumah (penyiksaan) Bonda dalam keadaan sihat dan gebu. Namun akhirnya kurus kering dan meninggal dunia. Keadaan dia memerlukan penjagaan dan perhatian dengan susu khas. Melihat kes adik Bella rasanya apa nasib arwah Adam ?

Ketika itu sekitar Mei 2020 kejadian dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat siap keluar gambar sita premis. Namun kenapa dibuka semula dan bila timbul pula kes adik Bella setahun lebih kemudian di rumah penyiksaan yang sama muncul pula rumah tak berdaftar dan sebagainya. Cilaka apa yang berlaku dalam pihak berkuasa berkenaan dalam kerajaan.... Kerana itu posting sebelum ini dibangkitkan adakah kerana si cilaka Bainun ini penerima anugerah khas Puteri Umno, bekas Naib Ketua Puteri Umno atau dia rapat dengan keluarga tertentu ?

Perlu diberi perhatian "rakan kongsi" cilaka Bainun ini bernama Syed Azmi Alhabshi yang berdasarkan carian internet merupakan Penasihat Mahkamah Kanak Kanak dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (No Pertubuhan : PPM-026-14-3102019) dimana Pengerusi : Siti Bainun Bt Abd Razali dan Timb Pengerusi : Syed Azmi Alhabshi Manakala Persatuan Untuk Anak Kita (No Pertubuhan : PPM-014-10-07032018 ) Pengerusi : Syed Azmi Alhabshi dan Timb Pengerusi : Siti Bainun Abd Razali

Dalam carian internet ditemui Syed Azmi meraikan perintah mahkamah kanak kanak Kuala Lumpur hantar kanak kanak ke rumah neraka penyiksaan milik Bainun di mana dia timbalannya. Guna kedudukan berapa mereka sapu peruntukan kerajaan konon untuk kerja kebajikan dan melindungi anak anak ini malang ? Duit kau telan tapi anak anak kau seksa ? Berapa pula derma yang dikutip berdasarkan networking kedudukan dia gunakan. Malah mereka kutip derma masuk akaun peribadi. Malah hasil carian di pendaftar pertubuhan menunjukan NGO kendalian mereka ini tidak lapor penyata kewangan.

Syed Azmi inilah yang seleweng perbagai fakta lindungi Bainun dan bila dh tersepit kononya dia tak terlibat (hanya penasihat) dengan rumah penyiksaan Bainun walaupun data menunjukkan dia dan Bainun "rakan kongsi".

Ismail Sabri Yaakob dan Rina Harun... dituntut pecat segera Syed Azmi Alhabsi dari semua peranan kaitan kerajaan. Dedah segera semua peruntukan kerajaan kepada mereka ini dan ambil tindakan kepada pegawai pegawai kerajaan yang cuai dan terlibat.

Berapa ramai lagi Bainun dan Azmi yang berselindung dan berapa lagi rumah penyiksaan seperti itu ada dalam negara ?

1,253 views0 comments

Related Posts

See All

Comments


bottom of page