top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

What a Mess. Mempunyai Isteri Kedua Warga Asing!


Girls... Inilah pentingnya anda memegang gelaran sebagai "Isteri Pertama" di dalam Dunia Poligami.


Selain anda sebagai Isteri Pertama satu-satunya wanita yang akan memegang gelaran Datin sekiranya suami anda berpoligami, anda juga akan dianggap "Wanita Yang Baik" apabila suami anda pindahkan ke semua Saham Syarikat Korporat miliknya ke atas "nama anda seorang" bagi mengelakkan anak lelakinya yang gagal dalam perniagaan merampas syarikat jika si anak kandung mewarisi saham bernilai RM 20.38 Juta itu darinya.


Ini berkaitan kes saman Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir terhadap dua anak lelaki kandungnya.


Dalam perkara bisnes anak beranak ini jika tiada kesepakatan, maka yang akan menjadi mangsa adalah pekerja SAPURA ENERGY.


Tambah malang bagi kita Rakyat Marhain Malaysia apabila beberapa orang "Ahli Politik Bodoh" cuba melobi Kerajaan Malaysia agar membantu menyelamatkan SAPURA ENERGY dari muflis dengan menggunakan Wang Cukai yang kita bayar kepada Kerajaan... dalam keadaan:


1) Tan Sri Shahril Shamsuddin, CEO Sapura Energy itu menerima gaji RM 400 ribu sehari.


2) Bapanya Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir mempunyai saham bernilai RM 20.38 Juta di dalam Sapura Group. Tidak termasuk harta-harta lain serta hartanah mewah di Iran dan Dubai.


Puan Sri Mariam Parineh Nariman yang baharu menerima saham bernilai RM 20.38 Juta itu adalah "Warganegara Iran" merupakan Isteri Kedua Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir "yang dinaiktaraf" menjadi Isteri Pertama apabila ibu kepada Tan Sri Shahril iaitu Puan Siti Sapura Husin meninggal dunia.


Kita sedang menyaksikan bagaimana seorang LELAKI sanggup memindahkan harta kepada Seorang Perempuan Warga Asing supaya anak kandung sendiri tidak dapat memiliki harta itu.

Adakah saham bernilai RM 20.38 Juta dan Hartanah Mewah di Malaysia, Iran dan Dubai itu akan menjadi Hak Milik Kerajaan Malaysia sekiranya Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir meninggal dunia? TIDAK.


Kerana ianya sudah ditukar nama kepada seorang Perempuan Warga Asing itu.


Perempuan Warga Asing itu boleh "membawa keluar" Kekayaan Malaysia ke Negara Perempuan Itu Lahir kerana ke semuanya telah ditukar nama kepada nama beliau secara sah mengikut undang-undang.


Kebarangkalian kesemua Harta Bernilai dan Pemilikan Syarikat Korporat di Malaysia bakal dimiliki Perempuan Warga Asing sangat tinggi memandangkan ramai "Orang-Orang Kaya" di Malaysia mempunyai isteri kedua Warga Asing yang sedang dinaiktaraf menjadi Isteri Pertama.


Diharapkan yang baik-baik sahaja buat semua pekerja SAPURA ENERGY.


Kepada Ahli Politik Malaysia, dinasihatkan lain kali agar cerdik sedikit dan JANGAN menjadi bodoh dengan menggunakan isu "membantu menyelamatkan" SAPURA ENERGY dari MUFLIS sebagai Modal Pilihanraya kerana anda pasti kalah teruk.


Cadangan beberapa orang Ahli Politik terutamanya Pengkhianat Negara Najib Razak, agar Kerajaan Malaysia menggunakan RM 4 Billion dari RM 7 Billion DANA MILIK PETRONAS "demi menyelamatkan" SAPURA ENERGY dari Muflis dalam keadaan Syarikat Korporat itu kini milik Perempuan Warga Asing adalah cadangan untuk menjahanamkan Malaysia.


Kepada anda Rakyat Malaysia... Adakah anda masih mahu Wang Cukai anda digunakan Kerajaan untuk menyelamatkan SAPURA ENERGY dari MUFLIS dalam keadaan kesemuanya bakal menjadi Hak Seorang Perempuan Warga Asing?


Tepuk Dada Tanya Akal.


Kayra, Putrajaya


680 views1 comment

Related Posts

See All

1 comentario


Johan Taharin
Johan Taharin
14 sept 2022

tan sri is old now.he is diabetic.


when late pn sri sapura passed,he had no one to look after him.he needed to inject insulin daily and was quite lonely.


he got married and he passed control of the companies to his two sons.


once the new wife bear him children,i think tan sri realised his sons from the first marriage may not want to have anything to do with them.


this maybe why he transfer the shares to his wife. the shares of sapura industrial bhd is independent of sapura energy bhd.


Me gusta
bottom of page