top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

UBB Amanah: Total Funds Managed RM3B to RM5B. Estimated depositors 30K to 40K...and a Tan Sri.



YB Lim Lip Eng 


Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Bil. 6 Selasa 21 Februari 2023


Page 106 and 107

● ...”Isu yang kedua, saya ingin membawa perhatian kerajaan, adalah tentang Skim Ponzi melalui cash trust dan preference share aktif sejak tahun 2008.


Penipu-penipu atau scammers menjalankan aktiviti pengambilan deposit dan pelaburan haram dengan menggunakan syarikat-syarikat amanah (trustees) dengan izin, syarikat-syarikat saham keutamaan, (preference share) dengan izin, syarikat-syarikat modal teroka (venture capital) dengan izin.


Scam ini bukan sahaja menipu rakyat, malah ia juga mengelak dari dikenakan cukai. Scam ini berbohong kepada para penyimpan bahawa ia memberi pulangan lebih baik daripada simpanan tetap bank malah dijamin tiada risiko bebas cukai dan diluluskan oleh Menteri Kewangan, Bank Negara Malaysia dan sebagainya.


Skim Ponzi ini dipromosi oleh orang terkenal, peguam, selebriti, ejen-ejen insurans dan ejen-ejen bank. Para penyimpan diperdaya oleh ejen dan pengarah syarikat supaya menandatangani pelbagai kontrak. Apabila syarikat tidak mampu membayar balik, {DR.21.02.2023 107} penyimpan baru sedar bahawa mereka terperangkap dalam terma-terma kontrak dan tidak dapat mengambil balik wang hasil titik peluh mereka.


Nama syarikat-syarikat yang terlibat dalam scam Ponzi, cash trust dan preference share ini adalah seperti berikut;


UBB Amanah Berhad, pengerusinya Tan Sri Suleiman Mohamed, bekas Timbalan Menteri Kesihatan. Syarikat yang seterusnya, ZICO Trust Malaysia Berhad, Infinity Trustee Berhad, sekarang bertukar nama kepada Perintis Amanah Berhad. Global Asset Trustee Berhad dan Citadel Trustee Berhad. Penasihat syarikat Citadel ialah Tan Sri Mohd Bakri bin Mohd Zinnin, bekas Timbalan Ketua Polis Negara. Seterusnya, Asia International Trust Berhad, Amanah Warisan Berhad, ACE Holding Berhad, Pacific Trustees Group International Berhad.


Saya telah mengemukakan soalan saya di dewan ini pada bulan Julai tahun lalu. Saya juga telah berjumpa dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak polis supaya mereka boleh ambil tindakan awal melindungi wang para penyimpan sebelum mereka menjadi mangsa penipuan.


Saya telah menggunakan semua saluran kerajaan untuk memberi amaran yang awal. Saya harap usaha saya tidak disia-siakan. Saya hendak kerajaan bertindak dengan segera untuk mencegah lebih ramai rakyat daripada ditipu oleh skim-skim Ponzi, cash trust dan preference share yang tidak dikawal selia ini. Saya juga berharap kerajaan memberi hukuman berat kepada penipu-penipu yang terlibat dalam skim-skim Ponzi.


Dengan itu, sekian. Saya minta menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih. “...









steadyaku comment: Re UBB Amanah Berhad

  • Currently raising about RM200m per month

  • Total funds under management estimated at RM3B to RM5B

  • Estimate 30,000 to 40,000 depositors.

A few words came to mind when looking through the documents that I have on UBB Amanah Berhad :

  • Madoff

  • Ponzi

  • Allan Goh.

More to follow in these coming days.

1,398 views6 comments

Related Posts

See All

6 Comments


Alfred lim
Alfred lim
Oct 22, 2023

Court only cleanse aka blessed the elites crooks....The whole family and descendants that enjoyed the "Eve's apple" must be "treated" in Sg Buloh Country Resort until life span....thats monies well spent....🫠🫠🫠

Like

Adam Yew
Adam Yew
Oct 22, 2023

In UBB's statement, use terms like licensed, authorities, etc but there's no mention of license or approval by Security Commision or Bank Negara, collected cash deposits from the public, Hmm....such a statement does not hold water, only a statement issued by SC or BNM can squash the allegation.

Like

Suri Hira
Oct 22, 2023

Has Bank Negara issue any statement on the legitimacy of these trust funds?

Hope YB Lim is right or else he will be sued if this statement is made in public domain.

Like

dr kamsiah
dr kamsiah
Oct 21, 2023

Tarik balik gelaran Tan Sri yang menipu !

Like
Ting Kiong Tee
Ting Kiong Tee
Oct 21, 2023
Replying to

Drag those culprits to the court !

Like
bottom of page