top of page

Tun Mahathir.



Sollu ala Nabi TUN MAHATHIR Walau pelbagai persepsi pada Tun Mahathir, samada menyukai atau membenci, kita perlu akui dari hati nurani bahawa Tun telah berjaya mengangkat martabat Bangsa dan Negara hingga dihormati Dunia Timur dan Barat. Kerana Tun Bangsa Melayu dan Islam dihormati, hingga kini tiada pemimpin Negara yang suaranya dihormati dunia Islam dan digeruni Barat. Apabila berlaku krisis pada dunia Islam, pemimpin Islam dunia akan menghubungi Tun meminta panduan.


Begitu juga dengan wacana persidangan negara peringkat antarabangsa, Tun tetap menjadi pilihan hingga kini. Ia tidak berlaku pada mana-mana PM selepasnya.


Di zaman Tun, Malaysia dianggap Harimau Asean. Ucapan Tun di PBB dinanti seluruh pemimpin dunia serta wartawan. Tegas membela Negara Islam, mengkritik Barat dan berani menghentam Isreal.


Banyak langkah yang dilakukan Tun mengejutkan dunia seperti Dasar Pandang Ke Timur, serangan subuh (Dawn Raid), Menara KLCC, membantu Palestin, Bosnia dan negara membangun, menyerang Soros, mengikat mata wang ketika krisis kewangan tanpa mahu melutut dengan badan kewangan dunia (IMF)


Tika itu semua berbangga menjadi rakyat Malaysia,


Lantaran Tun banyak berjasa pada Negara Islam yang ditindas, membantu negara Dunia Ketiga dan kejayaan membangunkan Malaysia, justeru rakyat Malaysia dihormati ke mana kita pergi kecuali Israel.


Apabila memegang kembali jawatan PM , seluruh dunia kembali melihat Malaysia. Banyak negara kembali berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia. Suara Tun kembali menggegar di PBB.


Apa yang mengejutkan Tun dengan berani mengadakan persidangan Summit KL yang dihadiri beberapa pemimpin Negara Islam untuk membincangkan tentang kesatuan Negara Islam dan pelan tindakan bersama. Hal ini membuatkan Negara Arab merasa terancam seolah-olah Tun mahu menjadikan persidangan tersebut menggantikan OIC.


Zaman Tun sudah berlalu.


Di samping kejayaan yang beliau bina, banyak juga aspek kegagalan, kelemahan dan kepincangan yang berlaku. Rekod-rekod Hak Asasi Manusia dan kebebasan suara dikatakan tidak baik di zaman Tun, begitu juga beberapa aspek perlaksanaan Agama dilihat lemah, pembangunan bangsa yg dilihat adakalanya merugikan dan penuh perpecahan, ada juga projek mega yang gagal.


Tiada manusia yang sempurna namun selepas era Tun Razak yang hebat, kita juga perlu terima era Tun Mahathir juga adalah satu era yang hebat pada Negara di persada dunia. Kini kita perlu ke hadapan untuk memilih pemimpin yang miliki kehebatan dan dihormati seperti Tun Razak dan Tun Mahathir, malah lebih hebat dari mereka dalam membela Islam, Bangsa dan Tanahair.


Dalam usia yang begitu lanjut, Tun masih lagi bergerak berjuang baik secara nyata atau secara sembunyi menyusun langkah demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.


Adakah Negara dan Bangsa ini dapat ulangi lagi kegemilangan ini? Insyaa-Allaah kita boleh ulanginya lagi malah lebih baik lagi apabila bangsa ini benar2 kembali pada Allah, saling mengukuh dan dianugerah pemimpin yang hebat. Kita berdoa kepada Allah semoga zaman ini Bangsa Melayu dari Nusantara ini dipilih Allaah untuk memimpin dunia pula. Insyaa-Allaah.. Wallahualam.


Walid Ibrahim al Malik 16.7.2022"

5 Comments


Johan Taharin
Johan Taharin
Aug 29, 2022

Rasanya kegemilangan negara dan bangsa boleh diulangi.generasi z sekarang perlu pandai guna teknologi untuk terus create economic wealth dan memajukan negara kita.mereka mesti kena be at forefront of digital society,masters in chip design dan fabrication,ai,robotics,commerce online,digital banking,express delivery services dan dgn masa yg sama stop excessive carbon emissions activities,design pembangunan yg sustainable,harvest rain dan solarpower....every student must know how to code ...mahathir cerita lama...anwar,zahid all this are passe..🍏🍒🍓🍊

Like

Jakaria Jee
Jakaria Jee
Aug 29, 2022

Hate him or love him, nobody should write him off until the day The Almighty do it and only then should He be written off...

Like
Ramakumar Nambiar
Aug 29, 2022
Replying to

Looks like even the Almighty dreads meeting him and is keeping him on earth as long as possible!! 😬😬

Like

Ramakumar Nambiar
Aug 29, 2022

Let’s not deny some of the things that Tun M had done, but when the final accounts are done at the Pearly gates, I am not sure if he would allowed in; he turned a blind eye to the utter corruption which mushroomed under his watch, wanton abuse of power by those around him (and himself!), cynical abuse of religion to stay in power,…. the list goes on. Till the end Hussein Onn’s stint, this country was a wonderful blend of diverse peoples, all accepting of each other’s cultures (and idiosyncrasies). But we have deteriorated to such levels that every action is treated with suspicion. But in his warped thinking, nothing should stand in the way of complete domination by…

Like

Johari Rais
Johari Rais
Aug 29, 2022

When I was in Mecca someone tried to attract me to his wares by calling- Hei Mahathir sini mari belanja. Being a Singaporean I went to him and whispered- saya bukan Mahathir saya Lee Kuan Yew. It drew a blank. That was how famous Mahathir was as compared to LKY.

Like

Copyright © Hussein Hamid | STEADYAKU47. All rights reserved.

bottom of page