top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

THE GREAT PRETENDER



Tamrin Tun Ghafar


Jumaat - 27/01/2023

( 1 - 22 )



1. Dalam tahun 1955 lagu 'THE GREAT PRETENDER' telah diperkenalkan dan di popularkan oleh 'THE PLATTERS' , sekumpulan penyanyi Kulit Hitam di Amerika Syarikat


2. Jika kita maseh ingat sejarah hitam yang telah dipersembahkan oleh 'THE 4th Floor BOY' atau 'BUDAK TINGKAT 4'


3. Ianya muncul semasa Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah menerajui negara sebagai Perdana Menteri


4. Sebagai menantu Pak Lah , Khairy Jamaluddin atau KJ begitu rakus sehingga ramai terpaksa melalui beliau dahulu sebelum berjumpa Perdana Menteri ketika itu


5. Pak Lah sendiri terlalu mendengar dan mengikuti kebanyakan nasihat budak Tingkat 4 ini


6. Walaupun dinasihat ramai termasuk MUBARAK , Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional , bukan sahaja ditolak malah dimarahi oleh Pak Lah kerana kepada beliau KJ adalah segala - galanya


7. Kini jarang sekali disebut peristiwa tersebut , maklumlah bak kata Tun Dr. Mahathir , "Melayu Mudah Lupa"


8. Bagi membalas jasa Pak Lah yang meletakan jawatan setelah buat pertama kali UMNO/BN hilang 2/3 Kerusi diParlimen , Najib melantik KJ sebagai Menteri Beliau dan Sukan yang kemudian nya dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Dr. Adham Baba yang gagal


9. Berikutan 'kehebatan' yang ditunjukan , ramai mula memilih melupai cerita kegilaan 'BUDAK TINGKAT 4' tersebut


10. Saya kembarkan pandangan seorang penulis yang namanya dirahsiakan untuk tatapan kita bersama bagi mengenali siapa KJ dan apakah beliau 'BERSIH' atau pun beliau ini seperti lagu 'THE GREAT PRETENDER' Wallahualam


11. Selepas diberi peluang dan kalah dalam Pilihanraya Umum lepas di Kawasan Parlimen Sungai Buloh , kini beliau berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO


12. Tidak salah sesiapa pun boleh menawar diri namun Perwakilan UMNO harus berhati - hati dengan :


MUSANG BERBULU

AYAM ini


13. Dari zaman kegemilangan sejak Pilihanraya Pertama , dan bermula zaman 'CASH IS KING' peristasi UMNO/BN mula merudum


14. Dari 73 dari 220 Kerusi dalam Pilihanraya Umum ke 14 dan semasa Pilihanraya Umum ke 15 UMNO hanya dapat 26 Kerusi sahaja dan 2 MCA , 1 MIC dan 1 dari Sabah


15. Atas desakan dan ugutan , Najib akhirnya TERPAKSA meletak semua jawatan ; ia jauh berbeza dengan Zahid Hamidi yang maseh berpaut sebagai Presiden UMNO dan Pengurusi BN


16. Seperti Tan Koon Swan , Presiden MCA , beliau berharap jawatan Presiden UMNO dan Pengurusi BN BOLEH MENJAMIN beliau tidak akan dipenjarakan diatas 47 tuduhan rasuah dan pecah amanah dalam kes Yayasan Akal Budi ; Tan Koon Swan dipenjarakan juga walaupun oleh Mahkamah Singapura


17. Yang terkini beliau yang merupakan TPM pertama yang memohon Mahkamah memberi beliau Pasport Antarabangsa secara 'permenant' bagi memudahkan perjalanan beliau


18. Umum SEDANG MEMERAHATI apakah PMX campurtangan urusan Mahkamah dalam permohonan beliau ini dan samada kes beliau ditangguhkan lagi sehingga beliau menang Jawatan Presiden party


19. Jika maseh ingat Anwar Ibrahim pernah mengheret KJ ke Mahkamah kerana memfitnah tapi kini TANPA RASA MALU dan BERMORAL beliau selamba sahaja membuat

U TURN memuji Anwar selepas di angkat sebagai Perdana Menteri ke10


20. JANGAN LUPA APA YANG DILAKUKAN NYA KETIKA WABAK COVID 19 DULU


21. Sudah sampai masanya UMNO membuang duri dan bangkai yang hanya hidup dengan kepura - puran


22. Khairy Jamaluddin is

THE GREAT PRETENDER



Wassalam

Terima Kasih




547 views3 comments

Related Posts

See All

3 Comments


Hussain Hamih
Hussain Hamih
Jan 28, 2023

KJ. Get a job and pay your taxes!!

Like

Surihira
Jan 27, 2023

He deserves it.enough said ha ha

Like

Johan Taharin
Johan Taharin
Jan 27, 2023

Kj sacked.joining ph.


Noh omar sacked. Joining pn


Hisham suspended. Survived

Like
bottom of page