top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

TENGKU DAN MAHATHIR




Tamrin Tun Ghafar


Selasa - 11/04/23

( 1 - 20 )



1. Jika mendengar sebelah pehak sahaja tanpa mengkaji lebih dalam , sudah pasti kita akan percaya dan terikut - ikut segala tuduhan yang dilemparkan


2. Sebelum lahirnya UMNO lagi pada 11hb Mei 1946 , manusia yang bernama Dr. Mahathir sudah pun melibatkan diri dalam sabuah Pertubuhan di Kedah , SERBERKAS


3. Berjuang bersama Senu ( Tan Sri ) Abdul Rahman yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri Penerangan , tujuan utama Mahathir berjuang dalam SEBERKAS ketika itu ialah MENGUSIR Penjajah Inggeris dari Tanah Melayu dan pada masa sama berjuang untuk Orang Melayu sendiri


4. Di Selatan Tanah Air pula ketika menjadi kedi pungut bola golf untuk Mat Salleh atau Orang Putih , ayah kami , Tun Ghafar Baba ( alfatehah ) telah berjuang sejak berumur 14 tahun melalui KMM atau Kesatuan Melayu Muda dan kemudianya PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Muda , sebuah Parti yang juga berjuang untuk Orang Melayu


5. Akhirnya setelah UMNO dilahirkan pada 11hb Mei 1946 , semua Kesatuan atau Pertubuhan Melayu dimansuhkan dengan menuntut MERDEKA dari Penjajah Inggris pada 31hb Ogos 1957


6. Tengku Abdul Rahman dari keturunan Raja Kedah dipilih sebagai Ketua Mentri Pertama yang kemudiannya di gelar Perdana Menteri


7. Semangat Dr. Mahathir dan Pak Ghafar untuk melihat anak bangsanya maju terus berkobar walaupun berada dalam UMNO


8. Apabila melihat Almarhum Tengku BEGITU SENANG dengan bangsa pendatang , maka dengan galakan Tun Abdul Razak Hussain , beliau berkerja keras menggantikan Tengku melalui sepucuk SURAT KUNING yang diedarkan kepada umum ; Dr. Mahathir dipecat sebagai Anggota UMNO oleh Tengku dan diambil semula oleh Tun Razak apabila beliau menggantikan Tengku


9. Memang kata Tengku , dan saya sendiri pernah melemparkan tuduhan terhadap Dr. Mahathir sebagai seorang yang jahat , dan bertanggung jawab menjatuhkan Tengku tapi seperti yang dikatakan kita PERLU mengkaji dan menyeledek peranan Tengku itu sendiri SEBELUM Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 ; kepada Tun Dr. Mahathir saya memohon maaf


10. Bak kata KJ atau Khairy Jamaluddin ,


'Tun Dr. Mahathir TIDAK PERNAH MENGANCAM orang bukan Melayu kerana dia ialah seorang NATIONALIST dari dulu lagi'


11. Salahkah kita BERSUARA seperti yang dilakukan kini PROKLAMASI ORANG MELAYU ?


12. Apakah berjuang untuk Bangsa sendiri di Tanah Air nya TANPA mengusik hak Bangsa lain dianggap Rasis atau Racist oleh Anwar sedangkan DAP dengan cara lemah lembut dan pujukan meminta itu dan ini :


i. Meminta penghtirafan sijil United Chinese School atau UCS


ii. Meminta bantuan tahunan kepada semua sekolah - sekolah Cina


iii . Meminta Peruntukan Khas untuk Kampung - Kampung Baru


iv. Pecahan Sempadan Kawasan Pilihanraya atas alasan kesamarataan , jika ini berlaku DAP akan mendapat sekurang - kurang nya 30 Kerusi Parlimen baru , dan pada masa sama beberapa Kerusi Melayu AKAN menguncup


v. P. Ramasamy , Naib Presiden DAP dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan semua jawatan Kakitangan Kerajaan MISTI disamaratakan


vi. Melalui Ngah Koh Meng , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan diadakan Pilihanraya Majlis Tempatan seperti diKuala Lumpur , Johor Bahru , Ipoh , Penang , Melaka dan lain - lain Majlis Tempatan


vii. Dalam. Dewan Negeri Perak , Ngah dari DAP. TELAH tanpa segan silu mencadangkan semua mereka yang dilahirkan SEBELUM 31hb Ogos 1957 diberi Status Bumiputra


viii. Lim Kit Siang pula sudah mula bersuara satu hari kelak jawatan Perdana Menteri di kuasai oleh bangsanya sendiri


13. Perkara 12. viii diatas TIDAK MUSTAHIL berlaku kerana Perlembagaan TIDAK menyebut langsung orang lain yang mulanya Bangsa Pendatang BOLEH menjadi Perdana Menteri


14. Dengan Majoriti Mudah atau Simple Majority seperti termaktub dalam Perlembagaan Bahagian 1 Perkara 2


Penerimaan Masuk Wilayah - Wilayah Baru ke Dalam Persekutuan


2. Parlimen boleh melalui undang - undang -


( a ) menerima masuk Negeri - Negeri lain ke dalam Persekutuan


ini bermakna Singapura yang kini mempunyai tak kurang 60 Ahli Parlimen boleh dijemput masuk sebagai salah sebuah Negeri di Malaysia jestru apa yang diwar - warkan Lim Kit Siang , pengasas Parti DAP TIDAK MUSTAHIL menjadi kenyataan


15. Orang Melayu MASIH bertelagah sesama sendiri dan terus berpecah dan ditambah pula dengan amalan rasuah yang

berluasa


16. Disini lah letaknya KEMATANGAN Anwar sebagai PMX bukan TAKUT kepada


DEKLARASI ORANG MELAYU


hasil cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir


17. Sejarah MEMBUKTIKAN Penjajah Inggris mengitaraf Negara ini sebagal Tanah Melayu apabila bersetuju memberi KEMERDEKAAN , dan kaum asing pula diberi Kerayataan selepas MERDEKA


18. Biarlah di tuduh , dicaci , dipersenda , diperlekeh dan dipandang rendah dan digelar rasis namun perjuangan orang tua ini yang penuh pengelaman dan menghampiri 98 tahun untok Bangsanya sendiri sejak zaman SEBERKAS iaitu semasa muda dan sebelum MERDEKA masih berguna dan diperlukan untuk Orang Melayu sendiri TANPA menjejaskan Bangsa lain


19. Semoga Anwar yang sudah pun dilantik sebagai Perdana Menteri ke10 HENTIKAN sabotaj yang dilakukan terhadap Tun Dr. Mahathir dan PROKLAMASI ORANG MELAYU jika kita juga berbangsa Orang Melayu


20. Semoga Anwar sahabat lama saya membaca tulisan ini



Wassalam

Terima Kasih

1,710 views3 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

3 comentarios


Alfred lim
Alfred lim
12 abr 2023

#17 betulkan tanah MELAYU kepada MALAYA...MERDEKA hanya boleh diberikan kalau semua bangsa setuju kewargaan MALAYAN (PM7 pun mengaku di-dalam satu (saja) temuduga dengan FMT (editor-in chief) dengar kawan baik steadyaku47...

2) Tunku last interview ada kata tak....Mahathir akan hancur Melayu....

3)Tahu tak REID tak tulis apa2 pun berkenaan dengan AGAMA....hanya Abdul Hamid seorang saja mau RASMI

4) KELAKAR sikit.....Agong lahir dan lantik dalam tahun BABI ....PM 8 & 10 pun lahir tahun BABI ....lagi PM 9 pun buntut BABI kerana belum masa tukar ....🤣🤣🤣

Boleh kah kerana ini tak ada orang SEER tahu selepas RAHMAN ....

Insyallah Malaysia ....🍻🍻🍻

Me gusta

Mohamed Isahan
12 abr 2023

Sorry! I respect Tun but what he did to damage our institutions for power is sending Malaysia downhill. The Malays are capable of standing on their own feet without any Dignity Congress or Proclamation. We don't need Tun to keep reminding us. Tun has pilfered enuff. For his Family and friends- both Malays and Non Malays. Historical leanings and events can't right the wrong Tun did. I hope and pray,people will remember him kindly. I will as I am from SAHC

Me gusta
Surihira
13 abr 2023
Contestando a

Can’t agree more

Me gusta
bottom of page