Tamrin Tun Ghafar Ahad - 25/12/2022 ( 1 - 27 ) 1. Sebagai sahabat lama , bermula dengan membantu memenangkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan menewaskan Hj. Suhaimi Kamaruddin pada tahun 1982. 2. Dr. Mahathir , ketika itu Perdana Menteri memberi sokongan kuat justeru memberi perangsang kepada kami memenangkan beliau walaupun akhirnya menang dengan 10 undi 3. Saya tumpang gembira melihat beliau akhirnya berjaya juga mencapai cita - cita nya apabila disahkan oleh majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke10 4. Ayah kami , Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah di baca ) yang dipertanggung jawabkan oleh Dr. Mahathir ketika itu menentukan keahlian Anwar sebagai Ahli UMNO bagi membolehkan beliau bertanding Pilihanraya di'backdated' kan , akhirnya TERPAKSA mengalah dengan melepaskan semua jawatan bagi memberi jalan kepada Anwar dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. 5. Tindakan arwah menarik diri dari semua jawatan tersebut kerana bagi mengelakan UMNO, Parti Melayu yang disertai dan dicintai nya sejak 1951 berpecah selain dari tidak berkemampuan wang ringgit. 6. Sama ada secara kebetulan atau hukum ALLAH SWT, jika dibuat kajian, UMNO mula bergolak sehingga ke hari ini selepas arwah TERPAKSA letak semua jawatan, Wallahulam !! 7. Walau apapun terjadi, sebagai pengamal politik yang berpegang kepada konsep demokrasi, ikhlas dinyatakan sehingga kini saya tidak pernah menyimpan dendam samada kepada beliau mahupun kepada Tun Dr. Mahathir yang dilihat ketika itu memimpin Anwar sebagai orang no.2 nya. 8. Semoga segala perjuangan dan pengorbanan arwah yang lebih dikenali sebagai Chegu Ghafar atau Che' Ghafar di Rahmati ALLAH SWT, dan pada masa sama kita doakan Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru akan melakukan yang terbaik terutama untuk bangsa yang masih mundur dan negara yang sedang di bebani hutang yang mengerunkan. 9. Tulisan saya pada hari Khamis 29hb November 2022 ( tamrintunghafar. blogspot.com ) bertajuk TAHNIAH ANWAR SEMOGA PAHAT TIDAK BERBUNYI LAGI Rupa - rupanya 'dentuman' pahat tersebut makin hari makin kuat; boleh kedengaran dimana - mana saja. 10. Kita bukan sahaja patut beri peluang malah perlu sama - sama membantu dalam usaha murni beliau membangunkan negara agar dihormati semula seperti disatu ketika di zaman Dr. Mahathir dulu apabila Malaysia digelar THE ASIAN TIGER 11. Jika Germany dan Jepun hancur semasa Perang Dunia dulu dan Vietnam pula di musnahkan tentera Perancis dan kemudian nya tentera Amerika Syarikat boleh bangkit semula sebagai negara maju dan dihormati, maka TIDAK MUSTAHIL kita juga boleh lakukan sedemikian dengan beberapa syarat : i. Menghapuskan segala bentuk 'ketirisan' wang negara. ii. Memerangi rasuah habis - habisan TANPA pilih bulu; kawan atau lawan. iii. Mengenepikan segala perbalahan. iv. Bersatu dan menyokong segala usaha yang baik untuk negara dan rakyat 12. Anwar, Menteri - Menteri dan 'orang - orang sekeliling' beliau harus menerima pandangan yang mungkin tidak digemari dan kritikan dengan hati terbuka BUKAN memandang rendah, mendendami atau 'cop' mereka samada dari kawan atau lawan. 13. Melalui 'PUISI' teguran Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor dari PKR yang juga merupakan sahabat karib Anwar harus diberi perhatian serius kerana walaupun kritikan nya terhadap Anwar itu sinis dan tajam namun ia adalah luahan yang BERASAS ; disertakan ketiga - tiga PUISI tersebut untuk ditatap bersama : i. KU SIMPAN RISALAH REFORMASI DI DALAM PETI ii. KUASA MENGUBAH SEGALA - GALA NYA iii. SATU DEKLARASI 14. Kerajaan yang BAIK ialah Kerajaan yang selalu bersedia mendengar nasihat, pandangan, kritikan dan teguran dari rakyat BUKAN menggunakan undang - undang bagi melenyapkan, menakut dan menekan. 15. Apakah mengekalkan SOSMA atau mana - mana undang yang boleh digunakan bagi menekan rakyat yang membuat teguran sebahagian dari perjuangan R E F O R M A S I ? Yang PKR , kini PH, BERJANJI akan menghapuskan segala undang - undang yang MENINDAS ? 16. Di negara - negara lain Kerajaan mereka mengambil pendekatan berbeza dengan negara kita tapi masih boleh mengawal keadaan 17. Rakyat MENYOKONG PH kerana SEGALA yang di janjikan sebelum dan semasa berkempen baru - baru ini namun setelah berkuasa Kerajaan MELAKUKAN sebalik nya; jika Kerajaan Anwar terikut - ikut 'SINDROM PENAFIAN' yang di praktikkan UMNO , berkemungkinan ia tidak akan bertahan lama. 18. Yang paling penting bagi Zahid ialah beliau TIDAK DI PENJARAKAN seperti Najib atas 47 tuduhan yang sedang dibicarakan. 19. Anwar mempunyai seekor penyengat atau tebuan didalam bilik tidurnya yang boleh menyerang beliau pada bila - bila masa sahaja. 20. Lupakah kita bagaimana Zahid membelasah Ahmad Bazli di satu ketika dahulu ( sila lihat lampiran ) begitu juga perlantikan semula Ahmad Jazlan Yaakub , pengampu utama beliau di Kelantan sebagai Pengurusi Felcra sedangkan Kabinet yang beliau turut hadir MEMBATALKAN semua perlantikan politik GLC dan anak - anak syarikat nya. 21. Kita puji tindakan Anwar membatalkan perlantikan itu yang di umumkan Zahid. 22. Selain dari perlantikan Zahid yang perlu dilakukan bagi mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO/BN walaupun Anwar dan Timbalan nya, Rafizi, menegaskan NO UMNO dan NO Zahid dan Perhimpunan UMNO ( PAU ) pula menolak PKR Anwar dan DAP rakyat perlu diberi pejelasan berhubung perlantikan Zafrul sedangkan Anwar BERJANJI tidak akan melantiknya sebagai Menteri 23. Berbagai spekulasi kedengaran, mereka mahu penjelasan sebenar mengapa Zafrul diberi jawatan Menteri sedangkan Dr. Zulkify Ahmad mantan Menteri Kesihatan ditinggalkan begitu saja. 24. YANG MENANG DITINGGALKAN YANG KALAH DIBERI JAWATAN 25. Jika Zafrul SANGAT diperlukan kerana 'kehebatan' beliau mentadbir urus Kewangan Negara, mengapa pindahkan beliau ke Kementerian lain - sebenarnya beliau sebagai Menteri Kewangan GAGAL 26. BAGI MEMAJUKAN NEGARA DAN RAKYAT, ANWAR HARUS PUNYAI PASUKAN KABINET YANG LEBIH HEBAT , YANG BOLEH BERFIKIR , BUKAN 'YES MAN' DAN BUKAN DI BELENGGU DENGAN KEHADIRAN ZAHID DAN ZAFRUL YANG DI BENCI UMUM. 27. Rakyat akan lebih jelas jika sekiranya PKR atau PH BOLEH menyenaraikan R E F O R M A S I yang diperjuangkan. Wassalam Terima Kasih By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 24, 2022
top of page
bottom of page
Ai was super aggressive in 1992-1993. the minute he got the timbalan presiden of umno post in oct 93 from our late negarawan tun ghafar, he immediately aimed for sabah.
Barely 6 months thereafter, sabah fell to umno and sankaran dandai represented umno as cm of sabah mid 1994 under supervision of anwar.
Tun was impressed. even though money politics was used, anwar got sabah for umno. That was no mean feat.
This is also why abg jo is now careful working with anwar. He is predatorial. Before you know it, all gps adun may just join pkr next prn sarawak. anwar may also become the next presiden of umno. after all pkr is no match for umno's 3mil members…