Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 22/10/22
( 1 - 26 )
1. RUMAH DAH
SIAP , PAHAT
MASEH
BERBUNYI LAGI
pepatah lama ini maseh digunakan sehingga kehari ini
2. Isu Terumbu Karang atau Middle Rocks yang diberikan haknya kepada Malaysia dan Tubir Selatan atau South Ledge yang diputuskan dibangunkan bersama , Malaysia dan Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau International Court of Justice ( ICJ ) tidak di sentuh dalam artikel ini lagi pun Kerajaan sendiri memilih untuk berdiam diri
3. Pasukan Khas Pulau Batu Puteh yang diketuai oleh Apandi Ali membuat kesimpulan KONON NYA Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri kali ke2 telah 'CUAI' apabila Kerajaan PH pada masa itu enggan memohon 'Semakan Semula' atau 'Review' kes tersebut
4. Samada Tun sebagai Perdana Menteri seorang sahaja yang dipertanggung jawabkan atau Kabinet pada masa itu dituduh sedangkan ia adalah 'Collective Responsibility'
5. Samada Kerajaan Ismail Sabri mempunyai hak menyuntuh perkara tersebut secara umum menjelang PRU yang akan datang , itu terserahlah kepada para peguam memberi pandapat masing - masing
6. Disertakan pendapat Peguam Hanif Khatri berhubung isu tersebut sebagai panduan kita bersama
7. Oleh kerana isu ini telah dibangkitkan oleh Sultan Johor ketika meresmikan Sidang Dewan Negeri Johor , maka tidak salah rakyat tahu siapa sebenarnya yang bertanggung jawab 'MENGADAIKAN' Pulau Batu Puteh atau lebih dikenali di Peringkat Antarabangsa sebagai Pedra Branca kepada Singapura
8. Realitinya pada 21hb September 1953 Dato M Seth Saaid , Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor atau Acting State Secretary Johor menghantar surat kepada Setiausaha Koloni , Singapura atau Colonial Secretary , Singapore menyatakan :
'this is to inform you, the Johore Government DOES NOT CLAIM the ownership of Pedra Branca'
dalam Bahasa Melayu atau bahasa 'Bangsa Johor' :
'adalah dimaklumkan Kerajaan Johor TIDAK MENUNTUT kepunyaan Pedra Branca'
9. APA MAKSUD ISI KANDUNGAN SURAT TERSEBUT , DAN BERANIKAH PEMANGKU SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT TANPA PERSETUJUAAN SULTAN TERLEBIH DAHULU
10. Sultan Johor dan Seluruh Daerah TERMASUK Pulau Batu Puteh ketika itu ialah Sir Ibrahim bin Abu Bakar ; salah seorang isteri tersayang beliau ialah Lady Marcella seorang rakyat biasa Inggeris
11. Sebab utama Malaysia GAGAL memiliki Pulau tersebut yang luasnya sebesar padang bola , apabila Singapura mengemukakan surat asal tersebut
12. Pada tahun 1851 Kerajaan Inggeris telah membina Rumah Api atau Light House disana yang dinamakan Rumah Api Horsburg
13. Perlu dinyatakan SEBELUM Perbicaraan di The Hague kedua - dua negara , Malaysia dan Singapura BERJANJI menerima sebarang keputusan TANPA membangkitkan nya lagi
14. Bukan kah kita kaya dan berbangga dengan berbagai pepatah tetapi kita lupa ?
KERBAU DIPEGANG PADA TALINYA
MANUSIA DIPEGANG
PADA JANJINYA
15. Janji yang diucap MISTI LAH dikotakan kerana harga diri sesaorang itu terletak pada janji nya lagi pun janji yang ditepati ada lah kunci KEPERCAYAAN DAN PENGHORMATAN kepada yang menunaikan nya
16. Kadang - kadang terfikir apakah Sultan Johor sekarang yang membangkitkan isu tersebut sedar atau tidak perbuatan beliau boleh membuat rakyat khas nya 'Bangsa Johor' mencungkil semula sejarah
17. Apakah beliau sudah lupa sejarah atau tak tahu cerita sebenar yang dilakukan oleh moyang beliau yang kebetulan punyai nama serupa ; beza nya Sultan Ibrahim dahulu di beri gelaran 'SIR' dihadapan nama beliau yang bertanggung jawab menyerahkan Pulau tersebut kepada Singapura
18. Umum yakin motif utama beliau membangkitkan isu ini semula ialah bagi 'mengenakan' Tun kerana mungkin 'membalas dendam' keenganan Tun menyembah dan mencium tangan beliau seperti yang dilakukan orang lain atau /dan isu Pindaan Perlembagaan
19. Perlembagaan TERPAKSA di pinda ketika itu kerana berbagai KEKEJAMAN dilakukan oleh bapa Sultan sekarang TERMASUK menembak mati dan mencederakan rakyat yang tidak dapat mempertahankan diri
20. Zahid Hamidi pula beria sangat mahukan Ismail Sabri Yaakub membuat pengistiraan berhubung keputusan Pasukan Khas Batu Puteh yang TIDAK BERLAKU ADIL
21. Mungkin Zahid didorong dengan sogokan beberapa biji motosikal yang pernah dihadiahkan kepadanya oleh Sultan Johor , lagi pun ini lah masa yang tepat 'membayar hutang' dan dalam masa sama beliau mendapat galakan dari sesaorang menyekat kemaraan Tun
22. Jalankan lah siasatan se adil nya kerana kita semua TIDAK AKAN TERLEPAS DI AKHIRAT kelak
23. Jika Tun benar - benar 'lalai' maka hukum lah beliau
24. Jika moyang Ibrahim , Sir Ibrahim Abu Bakar salah MENYERAHKAN Pulau tersebut kepada Singapura , maka Parlimen PERLU mengisthiarkan Sir Ibrahim ada lah seorang PENGKHIANAT atau TRAITOR yang memalukan Negara , Negeri dan 'Bangsa Johor'
25. Jangan cepat menuding jari kerana akibatnya bab kata pepatah :
TERLAJAK PERAHU
BOLEH BERUNDUR
TERLAJAK KATA
BURUK PADAH NYA
26. Semoga kata - kata Megat Seri Rama , Laksamana Bentan dalam peristiwa berdarah
'Sultan Mahmud Mangkat Di Julang' tidak berulang lagi :
RAJA ADIL
RAJA DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA
DI SANGGAH
Wassalam
Terima Kasih
Comments