top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

'MERPATI' - APA LAGI YANG DI TUNGGU




Tamrin Tun Ghafar


Khamis - 29/09/22

( 1 - 19 )



1. MERPATI

TERBANG DUA

SEJOLI

LALU HINGGAP

DI DALAM

PENJARA


SEMASA

BERKUASA

HEBAT MENCURI

DAN MABUK

BERJOLI

KINI MENANGGIS

TIDAK

BERMAKNA


2. HARIMAU MATI

MENINGGALKAN

BELANG


MANUSIA MATI

MENINGGALKAN

NAMA


3. 'Saya rela kubor

saya di kencing

jika saya tidak

menunaikan

amanah dan

kepercayaan

yang

tuan - tuan

berikan -

Hussein Onn

Perdana Menteri

ke 3


4. 'MERPATI' ialah Kod Nama atau Code Name yang di reka bagi mengelak dikesan semasa memindahkan Najib dari Penjara Kajang ke Pusat Rawatan Rehabilatasi Cheras


5. Jika Najib benar - benar mermerlukan pakar mengubati 'sakit' yang beliau konon nya alami jestru mengapa pemindahan itu dilakukan secara SENYAP seperti BERBISIK di dalam kelambu dan mengapa ia nya MELIBATKAN Menteri Dalam Negeri


6. Rakyat pasti bersetuju jika Najib benar - benar perlu dihantar ke Pusat Rawatan tersebut


7. Jika benar 'sakit' takkan berani pakar - pakar di Cheras dan Hospital Besar Kuala Lumpur MENGESAHKAN beliau TIDAK SAKIT dan perlu dihantar pulang ke sarang asalnya , Penjara Kajang


8. INI SALAH SATU DRAMA YANG DI LAKUNKAN NAJIB BAGI MEMBOLEHKAN BELIAU BOLEH BERJUMPA DENGAN SESIAPA PUN TANPA SEKATAN KETAT


9. Walaupun sudah dihantar pulang , umum maseh tertanya - tanya dan menunggu jawapan samada Hamzah Zainuddin dan mereka yang disebut dalam 'pesanan talipon bimbit' itu benar


10. NAFIKAN jika ia hanya rekaan penulis sahaja ; jangan dok sebok mencari 'penulis' tersebut dan di ambil tindakan - itu sebenarnya style pemimpin - pemimpin UMNO bagi menutup lobang atau menutup bangkai yang di lakukan


11. Jika UMNO /BN hendak Pilihanraya diadakan sekarang atau beberapa bulan lagi , UMNO DAN KERAJAAN PERLU MEMBERSIHKAN DIRI DARI SEBARANG KEKOTORAN DENGAN MEMECAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG - UNDANGB KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM SKANDAL TERBARU INI


12. Ada 3 perkara penting yang perlu di selesaikan dalam masa terdekat ini :


i. Mahkamah perlu melantik segera Hakim - Hakim bagi mendengar dan membuat keputusan SEMAKAN atau REVIEW yang telah dikemukan Najib ; SEMAKAN ini BUKAN mendengar semula kes SRC International yang sudah selesai tapi setakat menentukan samada Mahkamah Persekutuan berlaku adil semasa perbicaraan tersebut


ii. Agong perlu menubuhkan sebuah Lembaga Pengampunan bagi membuat keputusan samada banduan Najib boleh di beri Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon


Kenyataan YDP Agong tidak lama dulu tentang penyalah guna Pengampunan telah mendapat sokongan beberapa orang Sultan yang lebih 'senior' dan sokongan beratus ribu rakyat yang MENOLAK segala jenis pengampunan terhadap banduan Najib


iii. Jika Malaysia pada zaman Tun Dr. Mahathir dulu di hormati malah dikenali sebagai THE ASIAN TIGER tapi Najib bertanggung jawab mencalar nama baik itu dengan arang


Malaysia bukan sahaja dikenali sebagai Negara Kliptokrat , iaitu pemimpin nya yang di amanahkan menyalah guna kuasa dengan merompak secara besar - besaran wang rakyat/ negara


13. Kini rakyat dan dunia merasa hairan mengapa ada dua jenis banduan didalam penjara :


a ) banduan biasa


b ) banduan bergelar 'Datuk Seri'


Di England mendiang Ratu Elizabeth pernah melucutkan semua gelaran terhadap anak kandung nya sendiri , Andrew , yang akan dibicarakan di Mahkamah kelak


Berbeza di Malaysia , Negara Islam , orang yang telah didapati bersalah mencuri oleh Mahkamah yang tertinggi sekali maseh di panggil dengan gelaran Datuk Seri ; ia memberi GAMBARAN BURUK kepada Negara dan Islam


14. Sudah tentu kelebihan layanan dan keistimewaan di beri kepada banduan yang bergelar jika dibandingkan dengan ribuan banduan lain


15.. BUKAN KAH SEMUA BANDUAN ADA LAH SAMA SAHAJA , TIDAK ADA DUA DARJAT ?


16. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di ikuti Sultan Selangor dan Yang Di Pertua Pulau Pinang telah MEMBERSIHKAN negeri Mereka dengan menggambil balik Anugerah yang di beri


17. Rakyat hairan mengapa Sultan dan Yang Di Pertua 10 negeri - negeri lain HANYA BERPELUK TUBUH tidak mengikuti ke tiga - tiga negeri tesebut Anugerah yang telah di beri


18. Apakah mereka menunggu YDP Agong membuka langkah sebelum mereka bertindak terhadap 'MERPATI' dua sejoli ini


19. 'JANGAN

TUNGGU

LAMA - LAMA

NANTI DIA

DI AMBIL

ORANG'



Wassalam

Terima Kasih

455 views3 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

3 Comments


joemag88
Sep 28, 2022

Any translation in English language..

Like
Dave Jay
Sep 29, 2022
Replying to

Can I give it a try with your permission...

Like
bottom of page