SHAH ALAM - Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali membuat permohonan maaf kepada peguam, Rosli Dahlan kerana mengaitkan individu tersebut dalam sebuah artikel baru-baru ini.
Menurut Mazlan, beliau dengan rela hati juga menarik balik kenyataan yang disiarkan Sinar Harian pada Selasa yang mengaitkan Rosli yang dirujuk sebagai peguam kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel bertajuk 'PN perlukan panglima perang baru'.
"Berhubung dengan perkara itu, saya mengakui telah berlaku kekhilafan...justeru saya mengakui kenyataan 'penangkapan peguam beliau (Muhyiddin)' itu adalah salah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mazlan sebelum ini dilapor berkata, PN memerlukan panglima baharu susulan Muhyiddin kini berdepan banyak isu berkait dengan integriti.
👍👍👏👏