top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

Kita sudah kalah. We have to make the best of our circumstances.



Dari beberapa posting-posting saya yang lepas, saya sudah jelas menyatakan pendirian saya bahawa Barisan Nasional sebaik-baiknya mengambil peranan sebagai 'His Majesty's Loyal Opposition'.


Namun, saya juga telah beberapa kali juga di tanya adakah dan apakah kelebihan jika BN bergabung dengan PH.


Ada.


Pertamanya, jika di bandingkan perwatakan Anwar dengan Muhyideen, Anwar lebih senang untuk bertolak-ansur. Beliau juga bukan seorang pedendam seperti Muhyideen. Anwar juga sanggup melakukan apa sahaja agar beliau merasa menjadi Perdana Menteri. Ini memberi ruang rundingan yang lebih luas kepada BN.


Keduanya, lanjutan dari point di atas, BN boleh meletakkan syarat supaya Ketua Peguam di ganti sebagaimana hak mana-mana Perdana Menteri. The AG serves at the King's pleasure on the advice of the Prime Minister.


Siasatan ke atas Hakim Nazlan semestinya di teruskan serta lapuran mengenai dakwaan bekas Ketua Peguam Tommy Thomas di beri pertimbangan dengan sepenuhnya dan tindakan susulan mesti di ambil untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas sistem perundangan dan kehakiman negara. Ini adalah amat kritikal untuk negara kita berfungsi sebagai sebuah negara bertamaddun moden menegakkan keadilan untuk kesemua rakyat, baik si miskin hingga ke bekas Perdana Menteri sekali pun.


Ketiga, kestabilan politik adalah lebih tinggi dengan PH yang memiliki 82 kerusi, beserta parti-parti GPS dan GRS.


Keempat, dari gabungan ini, ketiga-tiga pihak boleh ambil manafaat dari satu sama lain, umpamanya mading-masing belajar bagaimana untuk menjadi lebih relevan bagi pengundi untuk PRU16.


Kelima, dengan pemergian LGE dari tampuk kepimpinan DAP, dan sebagai rakan seKabinet, UMNO dan DAP boleh menggunakan peluang ulung ini untuk mengenali lebih dekat adakah betul (di dalam fikiran UMNO) DAP is a monster dan (di dalam fikiran DAP) betulkah UMNO ini is really a big bad monster.


Kelmarin saya ada menulis sebuah posting di mana saya mengatakan bahawa negara ini tidak akan mencapai potensi dengan sepenuhnya tanpa penglibatan dan kerjasama kaum Cina.


As Cabinet colleagues, UMNO can serve as a moderating influence on DAP. As they say, hold your friends close but hold your 'enemies' closer.


Perkembangan ini saya yakin boleh menjadi pembukaan untu era baru bagi negara kita yang majmuk ini. For a brighter future, together.


Jika BN gabung dengan Perikatan Nasional, dengan PH sebagai pembangkang sungguhpun mereka meraih jumlah kerusi tertinggi, polarisasi atau jurang antara kaum akan menjadi lebih besar dan ketegangan antara kaum Melayu dan Cina berkemungkinan bertambah buruk. PH voters akan lagi marah dan menyampah kepada kaum Melayu. This is extremely bad for the future of our country.


Ada pula yang bertanya kenapa BN tidak ambil peluang ini untuk membina Muafakat Nasional 2.0 bagi gabungan ummah di negara ini?


Bagi saya, (saya tidak mahu sentuh kepimpinan mahupun ahli-ahli secara peribadi) tetapi sebagai sebuah parti, PAS telah menunjukkan perwatakan yang sungguh tidak Islamik, malah menunggang agama Allah Yang Maha Suci untuk kepentingan dunia semata-mata.


Jangan juga lupa jika PH bergabung dengan PN, mereka memegang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan. Kot mana kita nak lari?


Kita sudah kalah. We have to make the best of our circumstances.

383 views6 comments

Related Posts

See All

6 Comments


Moreeza Mohamad
Moreeza Mohamad
Nov 21, 2022

Dah tinggal hanya 30 kerusi, BN masih lagi nak SOMBONG. Masih nak demand itu ini. Tak belajar2 lagi kenapa Tuhan hukum parti ko tumbang sejak PRU14 lagi. Sedarlah diri tu sikit. Yang bubar parlimen waktu musim banjir, kamu. Yang dapat balasan melingkup, kamu. Kenapa masih nak SOMBONG. Itulah BN. SOMBONG. ANGKUH. Apasalahnya kali ini berlapang dada sokong PH atau PN demi negara dan rakyat yang sedang menghadapi keperitan ekonomi yg teruk. Dok sibuk fikir macam2 konon kalau ko bantu bentuk kerajaan, nanti parti ko akan rugi di masa depan la. Nanti kena buli la. Sedar tak ko bahawa parti ko tu sebenarnya dah lama mereput dan akan terus mereput. Sebab sikap ko tu SOMBONG. ANGKUH. TAK SEDAR DIRI. Aku dok…

Like

Moreeza Mohamad
Moreeza Mohamad
Nov 21, 2022

Aku teringat betapa seronoknya UMNO BN membantu PAS menjatuhkan Kerajaan PH di Kedah selepas PRU14. Sehingga Sanusi dilantik menjadi MB. Pada PRU15, UMNO kembali berlawan PAS di kerusi2 Melayu. Selama ini UMNO sentiasa menggunakan modal perkauman apabila berlawan PH, manakala berlawan PAS, UMNO tak dapat guna modal perkauman. Mana tak terciduk UMNO. PAS PN pulak boleh guna modal UMNO rasuah dan modal perkauman dan agama terhadap PH. PAS menjadi semakin kuat di Kedah dan kini berjangkit pula di Perlis dan beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Pahang. Sama situasi juga apabila Umno menolong PPBM menjatuhkan Kerajaan PH di pusat. Tak pasal2 PAS dapat jawatan Menteri. PAS menjadi makin kuat. Siapa bodoh yang tolong PAS menjadi kuat?

Like

Johan Taharin
Johan Taharin
Nov 21, 2022

29 mps bn sign to not support ph.anwar need to change their mind fast. Ph still has a chance. Zahid is still mtg with his mkt to secure their support. The race has 3 hrs to go.

Like
Johan Taharin
Johan Taharin
Nov 21, 2022
Replying to

Mtg tonight.zahid n his mps. So far negative response from 20 umno mps. Trending dap took over perak and soon putrajaya with 40 seats compare to anwar 31 seats.


Trending anwar puppet pm to dap. trying to make this trending goes away.

Like
bottom of page