top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

Kerajaan Perpaduan: Sebuah catatan di belakang tabir



Pada hari ini 3 Disember lengkap sudah pembentukan anggota jemaah menteri. Kerajaan ini kerajaan perpaduan. Berada di dalamnya PH, BN, GPS, GRS, Warisan, PBM.


Idea kerajaan perpaduan dikemukakan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong kepada ketua2 parti. Semua setuju kecuali PN.


Kerajaan perpaduan suatu formula ke arah kestabilan politik. Dari situ membawa kemakmuran ekonomi. Hasilnya kehidupan rakyat terjaga.


Saya berbangga menjadi sebahagian watak yg ikut menyumbang ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini.


Berbeza pandangan ramai, usaha ini bukannya bermula pada tarikh keputusan pru15 diketahui pada 19 nov’22.


Kita sudah lama membaca perubahan lanskap politik negara yang tidak memungkinkan sebuah parti@gabungan membentuk kerajaan sendiri.


Semua parti @ gabungan adalah potensi rakan untuk diajak berunding. Saya bertuah kerana pandangan jauh DS Anwar yg ikut mendokong pendekatan ini. Pendekatan politik inklusif. Meramaikan kawan dan mengurangkan musuh. Saya diberi peluang dan peranan seluas2nya untuk membina rangkaian politik rentas parti selama aktif dlm KEADILAN.


Rangkaian ini berteraskan “trust & respect”. Bermula dgn PH itu sendiri. Hubungan sesama pimpinan cukup akrab. Anthony Loke, Guan Eng, Nga Kor Ming, Steven Sim, Gobind, Kula dan Mohd Sabu, Salahuddin, Dr Dzul, Mujahid, Husam, Khalid, Dr Hatta misalnya adalah rakan2 saya puluhan tahun. Kami saling memahami gerak politik satu sama lain.


Hubungan peribadi sekian lama dgn pimpinan BN khususnya Umno, MIC dan MCA memudahkan saya berunding dan berbincang. Ahmad Zahid Hamidi, Wee Ka Siong dan Tan Sri Vicky dan Saravanan rakan dekat sejak puluhan tahun.


Rakan2 dari Sarawak termasuklah Joseph Salang, Alex Linggi, Tiong, Ibrahim Baki, Wan Junaidi sekadar menyebut beberapa nama amat mudah untuk diajak berbicara.


Shafie Afdal, Darell Leiking dan Hajiji dari Sabah juga kalangan teman yg ikut mendokong.


Sejurus keputusan pru15 memaparkan tiada parti yg memperolehi majoriti, pimpinan PH membuat ketetapan segera berunding dgn parti2 lain. Menjadi pembangkang bukannya satu pilihan. PH mesti menjadi kerajaan dan DS Anwar diletak sebagai Perdana Menteri.


Bermula dari situ saya diarah mengatur gerak mendekati watak2 utama parti2 bukan PH yg telah memenangi sejumlah kerusi untuk diajak ikut serta.


Ternyata langkah yg diatur kali ini menjadi jauh lebih mudah tatkala ide kerajaan perpaduan disyorkan tepat pada masanya oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.


Beberapa pengajaran


1. Sentiasa amalkan pendekatan politik terbuka. Politik itu dinamik justru pendekatan politik juga harus fleksibel

2. Hurmat kawan dan lawan. Kita tidak tahu bila kita akan saling memerlukan

3. Sabar. Politik ini suatu marathon lambat mencapai destinasinya.


Saifuddin Nasution Ismail.


356 views1 comment

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

1 comentário


Johan Taharin
Johan Taharin
04 de dez. de 2022

Saya memang suka saifudin.he is a loyal person and a gentleman.his summary of this catatan is truly that of a wiseman.


Walaupun tsmy ada confidence of 116( pas 49,bersatu 24,gps 23,bn 10,grs 6,bebas 4) ahli parlimen sebagaimana yg ditetapkan mengikut perlembagaan untuk dilantik menjadi pm, dan di submitkan pula kepada agong pada 1 30pm 20hb nov, zahid kata 30 ahli parlimen bn memberi sokongan. Ini tidak benar.


Wee kah siong dan saravanan serta 8 lagi ahli parlimen bn tolak ph ketika itu.


Agong hanya cadang,kemuka dan bukan menitahkan kerajaan perpaduan.


Apa pun,sepatutnya tsmy setuju ph dan pn bergabong. anwar deserves a chance and why not?

Sikap terbuka dalam politik ok tetapi rakyat muram dah sedih.mereka fikir tertipu oleh hero mereka…


Curtir
bottom of page