top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

JUSTICE DELAYED, JUSTICE DENIED






'JUSTICE DELAYED JUSTICE DENIED' Tamrin Tun Ghafar Isnin - 10/10/22 ( 1 - 21 ) 1. Artikel ini adalsh ekoran tulisan saya pada hari Khamis 29hb September 2022 bertajuk : 'MERPATI' - APA LAGI YANG DI TUNGGU 2. Maksud : 'JUSTICE DELAYED JUSTICE DENIED' ialah 'MELAMBATKAN KEADILAN BERMAKNA MENAFIKAN KEADILAN' 3. Tidak boleh dinafikan Agong mempunyai kuasa penuh dibawah : PERKARA 42 PERLEMBAGAAN memberi ampun , tunda hukuman , dan lega hukum segala kesalahan yang dilakukan didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 4. Dari segi undang - undang selagi Agong TIDAK membuat keputusan berhubung permohonan Najib meminta Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon maka walaupun telah didapati bersalah mencuri wang rakyat oleh 9 orang Hakim dan di penjarakan , Najib maseh kekal sebagai Wakil Rakyat namun terserah kepada budibicara Ketua Pengarah Penjara melayani segala permintaan beliau seorang yang kini sebagai banduan 5. Anwar di beri Pengampunan di Raja atau Royal Pardon SETELAH Tun Dr. Mahathir , Perdana Menteri kali ke 2 menyembahkan permohonan beliau , dan SETELAH dipenjarakan hampir 10 tahun lamanya sedangkan Najib yang dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tertinggi sekali pada 23 hb Ogos 2022 , dan tak sampai 2 minggu pun ia itu pada 2hb September 2022 beliau merayu kepada YDP Agong untuk mendapat Keampunan Di Raja 6. Permohonan Najib berdasarkan salahlaku dalam kes SRC International dimana beliau di hukum penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM 210 juta 7. Selain kes SRC apakah YDP Agong akan memberi Pengampunan Di Raja setiap kali beliau memohon jika sekira nya didapati bersalah didalam beberapa kes lain yang sedang dalam perbicaran di Mahkamah 8. Apakah YDP Agong tidak berhasrat memberi Keampunan Di Raja atau Royal Pardon kepada Rosmah Mansor yang telah pun dihukum penjara selama 10 tahun dan denda RM970 juta ? 9. Bagaimana pula nasib kepada Zahid Hamidi , Presiden UMNO , Azeez Rahim atau Azeez Keling , Bung Mokhtar dan isteri jika mereka juga akhirnya di dapati bersalah dan dihukum penjara 10. Seperti SUMPAH JAWATAN yang dilafazkan dengan disaksikan oleh Raja - Raja Melayu dan sebahagian besar rakyat , YDP Agong MISTI berlaku ADIL juga kepada 70,000 banduan lain BUKAN hanya kepada Najib seorang 11. Jika yang lain di beri Keampunan Di Raja maka tak perlu lagi Negara menghabiskan jutaan wang ringgit dan diadakan perbicaraan yang kadang - kadang memakan masa bertahun lama nya - dalam ertikata lain Sistem Kehakiman boleh lah ditiadakan 12. Sebagai ingatan , diperturunkan SUMPAH JAWATAN yang telah dilafazkan oleh YDP Agong : 'Kami .......ibni...... Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan WALLAHI WABILLAHI WATULLAHI Maka Dengan Lafaz Ini BERIKRARLAH Kami Dengan SESUNGGUH Dan Dengan SEBENARNYA MENGAKU Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILNYA Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang - Undang Dan Perlembagaan Yang Telah Di Sah Dan Di Masyhurkan Dan Yang Akan Di Sah Dan Di Masyhurkan Di Masa Hadapan ini , Dan Lagi Kami Berikrar MENGAKU Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam Dan Berdiri Tetap Di Atas Pemerintahaan Yang ADIL dan Aman Di Dalam Negeri 13. Bagi kes Najib ini berkemungkinan YDP Agong berada didalam keadaan serbasalah atau dilema kerana Najib ialah sahabat baik beliau yang juga merupakan anak Pahang selain merupakan 'Orang Besar' yang di warisi dari arwah bapa nya , Tun Razak 14. Jalan PENYELESAIAN ialah YDP Agong melantik Raja Nazrin , Sultan Perak , yang kebetulan pula Timbalan YDP Agong mempengurusikan Lembaga Pengampunan dan membuat keputusan 15. Sebarang kelewatan MENOLAK permohonan pengampunan ini pasti akan mengundang reaksi negatif dari rakyat jelata seolah - olah ianya di sengajakan , dan YDP mungkin dianggap tidak berlaku adil kepada Sistem Kehakiman dan rakyat terutama kepada 70,000 orang banduan 16. NAJIB BUKAN LAGI PERDANA MENTERI TETAPI SEORANG BANDUAN JESTRU BELIAU SEHARUSNYA DI LAYANI SEPERTI BANDUAN LAIN 17. Jika dibandingkan , TIDAK MUSTAHIL kesalahan Najib jauh lebih besar dari kesalahan majoriti banduan lain seperti dipenjarakan kerana mencuri setin Milo untuk anak yang kelaparan atau geladangan yang mencuri RM2 bagi membeli makanan 18. Kepada YDP Agong , kembali lah kepada SUMPAH JAWATAN bukan seperti 'sumpah laknat' yang di lafazkan Najib 19. PERKARA 8 ( 1 ) PERLEMBAGAAN Semua Orang Adalah Sama Rata Di Sisi Undang - Undang Dan Berhak Mendapat Perlindungan Yang Sama Rata Di Sisi Undang - Undang 20. Jangan sekali - kali MEMBENARKAN Dewan yang mulia ini , iaitu Parlimen di cemari oleh seekor lembu yang sudah TERPALIT dengan lumpur 21. 'JUSTICE DELAYED JUSTICE DENIED' Wassalam Terima Kasih

By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at October 09, 2022

430 views0 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

Comentarios


bottom of page