1. Aku sebenarnya malas nak tulis benda ni. Bila tulis kang, orang kata backup DAP.
2. Tapi sebagai penulis, pemikir, penganalisis politik yang dilantik oleh diri sendiri, aku sebenarnya bebas nak tulis apa pun. Aku tidak terikat dan tidak perlu menjaga kepentingan mana-mana pihak.
3. Aku lebih rasa nak menulis benda ni bila ada yang main kempen nak haramkan DAP. Atas alasan yang tak jelas. Hanya main sentimen.
4. DAP dikatakan memperjuangkan negara Sekular. Benda ni aku dah jawab, boleh rujuk sini.
5. Jadi sebenarnya perjuangan DAP untuk negara Sekular itu tidak salah dari segi undang-undang, kerana itu lah yang kita amalkan dan diputuskan oleh mahkamahPersekutuan.
Begitu juga perjuangan PAS untuk negara ISLAM, tak salah sebab Malaysia, agama Persekutuan nya adalah Islam dan Malaysia berpotensi menjadi negara Islam dengan lebih baik.
Kedua-duanya, negara Sekular atau Islam akhirnya adalah ditentukan oleh pengundi atau rakyat.
Tapi jangan keliru, rakyat tolak PAS bukan sebab tolak Islam, tapi tolak Islam versi PAS.
Rakyat terima DAP bukan sebab setuju semua dasar mereka, tapi isu lebih besar seperti bab keadilan, reformasi sistem dan tatakelola.
6. DAP mahu hak sama rata setiap rakyat Malaysia?
Ini pun bukan satu kesalahan, walaupun Perlembagaan Persekutuan sendiri mengamalkan diskriminasi tertentu seperti hak Istimewa tertentu kaum Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.
Sama macam PAS nak buat negara Islam dan undang-undang syariah, Perlembagaan setakat ini, tidak membenarkan. 60 tahun pemerintahan dibawah orang Melayu pun, masih tak buat undang-undang syariah, kerana Perlembagaan tidak membenarkan dan tiada usaha meminda Perlembagaan itu. Pokoknya ialah tiada keinginan politik. Malah masa PAS dalam kerajaan 33 bulan pun, bukan pinda Perlembagaan, pinda akta pun tak mampu buat untuk naik taraf mahkamah syariah.
Kembali kepada hak sama rata, ianya adalah perkara yang baik, dan tidak bercanggah pun dengan agama Islam. Namun dalam konteks Malaysia, ia memerlukan kepada kesediaan orang-orang Melayu itu sendiri.
Selagi orang Melayu tidak bersedia dan menerima, maka selagi itu pasaran politik DAP tidak diterima dikalangan orang Melayu, maka terpulang pada DAP sendiri.
Setakat ini DAP lebih memilih untuk tidak bercakap soal ini, walaupun Perlembagaan parti mereka masih tertulis. Malah setiap kali pilihanraya, DAP pasti akan tandatangan setuju untuk mempertahankan beberapa peruntukan penting Perlembagaan termasuk hak Istimewa Melayu dan Bumiputra.
Selain itu....kena faham juga Real politic dalam isu ini dan keperluan kepada majaroti di Parlimen. Jadinya walaupun ada cita-cita, tanpa kuasa mutlak di Parlimen, pastinya tidak berlaku. Setakat hari ini dan mungkin 50 tahun akan datang pun, DAP pasti tidak mampu untuk mendapat kuasa tunggal.
7. PM dari bukan Melayu.
8. Mewujudkan pilihanraya PBT.
Pilihanraya PBT sebenarnya satu yang bagus. Sebab rakyat dapat akses terus dari wakil yang mereka pilih untuk isu Perbandaran yang sering berlaku seperti masalah jalan, longkang, pokok dll yang sebenarnya bukan tugas seorang ADUN apatah lagi Ahli Parlimen.
Tapi, pilihanraya PBT di Malaysia ni dah jadi isu perkauman, sebabnya kaum yang menguasai bandar terdiri ramainya dari orang Cina. Jadi takutlah cina ni akan kuasai pentadbiran bandar dan jadi Datuk bandar.
Pilihanraya PBT juga dikatakan antara punca tragedi 13 Mei.
Akhirnya 47 lalu, pilihanraya PBT dibatalkan. Ahli Majlis adalah dilantik hasil rundingan parti politik pemerintah. Bukan dari rakyat.
Aku kira selain DAP, PKR juga senada soal pilihanraya PBT. PKR tidak menolaknya, sebaliknya memperjuangkannya. Bekas Ketua Wanita PKR semasa menjawat sebagai Menteri KPKT konsisten untuk melaksanakan pilihanraya PBT.
Namun semasa zaman PN, Zuraida yang kekal menjawat Menteri KPKT, memaklumkan yang kerajaan PN tidak akan melaksanakan pilihanraya PBT.
Namun baru-baru ini, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan membangkitkan semula cadangan pilihanraya PBT, sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur.
Pada aku cadangan Tan Kok Wai ini relevan, khususnya pilihanraya PBT di Kuala Lumpur.
Kita perlu ingat bahawa Kuala Lumpur adalah bandar besar yang terpisah dari Selangor selepas tragedi 13 Mei.
Setelah menjadi Wilayah Persekutuan, KL hanya ada perwakilan di peringkat Parlimen. Tiada ADUN.
Walaupun ada ahli majlis lantikan, pastinya tidak sama, dan tanggungjawab juga tidak sepenuhnya jika dipilih dari pilihanraya.
Malah Tan Kok Wai juga menyebut, tiada cukai tanpa perwakilan. Yang bermaksud cukai pintu yang dikutip oleh Majlis atau DBKL itu sewajarnya diikuti dengan hak rakyat KL memilih wakil mereka sendiri.
Namun sayangnya cadangan ini ditutup rapat dengan isu perkauman.
Soal rakyat, demokrasi dan keberkesanan pentadbiran dibiar begitu sahaja akibat ketololan perkauman menebal dan keghairahan menjadikan DAP sebagai punching bag.
9. Yang terbaru AP Bruas, Ngeh Koo Ham mencadangkan agar pakar bukan Islam dilantik dalam JK Kompetensi Undang-undang Syariah.
Maka ramailah membantah. DAP sendiri, melalui Setiausaha Agongnya Anthony Loke turut menolak cadangan tersebut dan menggangap Ngeh Koo Ham sebagai terkhilaf.
Walaupun cadangan ini dianggap melampau dan mencampuri agama Islam, tapi aku seakan memahami akan cadangan tersebut.
Ia berkaitan pertembungan mahkamah syariah dan sivil seperti perebutan mayat
dan anak
Mungkin trauma itu dan mewakili suara bukan Islam yang membuatkan Ngeh Koo Ham memberikan cadangan tersebut.
Aku fikir, kita boleh sahaja menolak cadangan tersebut dengan baik, berbanding menutupnya dengan sentimen agama. Yang menyebabkan otak tidak dibenarkan berfikir waras.
Namun aku juga faham, jenama DAP ini telah terlalu buruk pada pandangan kebanyakan orang Melayu.
Malah setiap tindakan DAP itu walau sebaik mana pun dianggap beragenda jahat dan lakonan semata.
10. DAP kena berubah. Pemimpin dinasor DAP kena berubah. Real politic Malaysia setakat ini, khususnya orang Melayu masih tidak boleh menerima apa-apa campur tangan dan pandangan DAP berkaitan Melayu dan Islam.
Aku yakin Anthony Loke mampu bawa DAP ke arah lebih baik. Maka pemimpin dinasor DAP yang lain kena beri ruang dan peluang kepada Anthony untuk buat yang terbaik.
11. Kepada semua pemimpin politik dan parti politik, kembalilah kepada tujuan asal kita berpolitik.
Iaitu untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara kita, untuk membantu rakyat dan mewujudkan keadilan.
Walau sebaik mana agenda kita, agenda bumi dipijak wajib kita jaga dan sedia toleransi agar agenda baik yang lain tidak terbubar sayu.
Hentikanlah polimik perkauman dan agama.
Jangan jadikan ia sebagai senjata dalam peperangan kita.
Jadikan kestabilan, kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan ekonomi sebagai agenda besar kita bersama.
Siapa pun yang naik, siapa pun yang memerintah, pastikan agenda besar itu diperjuangkan.
Terima kasih.
Kalau tak faham/terima erti meritocracy cakap/tukar undang2 pun sama jugak ☕️🍵🥛
Interesting.
But some of us are simply...not sufficiently knowledgeable,experienced and well versed to comment ..
Di sebalik pandangan tuan, ada satu pergerakan yang sedang berlaku tanpa disedari, yakni revolusi pemikiran masyarakat melayu. Masyarakat melayu sekarang bukan lagi seperti waktu berlakunya 513, ramai yang berpendidikan tinggi, berpendapatan tinggi, pernah menghayati kehidupan bebas bertamadun di luar negeri, dan lebih penting lagi, berpendapat beza dengan cara tradisional kaedah pentafsiran hukum hakam agama Islam. Namun, belum sampai masa pergerakan ini muncul secara nyata, sebab aliran extrim kanan fundamentalists dengan cara keras mendapat sokongan dan bergema di peringkat akar umbi masyarakat melayu.
Isu ashabul kahfi adalah contoh terkini. Disebabkan yang kena kritikan itu mempunyai sokongan media dan perlindungan daripada siasatan dan tuduhan mahkamah secara melulu, maka tiadalah nampak ada orang buat laporan polis dan beliau pun ada ruang untuk defend…
Jika sesaorang Melayu itu mengaku dia Islam , dia mesti memahami konsep keadilan dalam Islam yang mencakupi semua aspek meliputi sosial, undang-undang, politik, budaya dan ekonomi.
Apa yang kita lihat sekarang dimana orang Melayu yang konon Islam di media sosial yang memfitnah tanpa segan silu. Ini menunjukkan peribadi seseorang manusia dalam pembinaan masyarakat yang tidak harmoni.
Keadilan Islam adalah bersifat sejagat iaitu bukan hanya untuk hubungan sesama Islam semata-mata tetapi juga meliputi seluruh manusia tanpa mengira keturunan, warna kulit dan agama.
Ini termasuklah individu yang amat dibenci atau musuh dalam peperangan. Keadilan Islam memelihara hak individu dan mencegah sebarang pencerobohan ke atas hak manusia yang berkaitan dengan diri dan segala harta benda. Lawan dengan akal dan bukan nafsu.
Keadilan bermakna…