Telahan yang meramalkan undi PN adalah umpama memberikan kemenangan kepada PH nampaknya tidak tepat. Yang spoiler dalam PRU ke 15 ini adalah Bn dan bukannya PN.
Bukan sahaja ramalan tidak tepat, semua ramalan agensi dalam dan luar negara ke laut.
Memang memeranjatkan penangan undi18 dan tsunami melayu ini.
Melayu menolak PH kerana ada DAP manakala mereka menolak BN kerana isu rasuah. Oleh itu mereka memilih PN sebagai piihan ketiga yang dilihat bersih.
Penolakan terhadap BN adalah bermakna rakyat tidak memilih parti yang dikaitkan dengan rasuah. Kempen undi BN= Undi Zahid berjaya.
PH mengekalkan undi bukan melayunya tetapi kehilangan undi melayu.
The biggest loser no 1 = UMNO-BN. Cuma menang 26 dari 120. Kekalahan paling teruk dalam sejarah. Zahid wajar mengambil tindakan terhormat dengan mengundur diri pada esok hari. MIC menang 1, MCA cuma menang 2.
The biggest loser no 2 = PKR. Cuma menang 31 kerusi dari 102.
Malah, dalam Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi, DAP merupakan blok terbesar dengan 40 kerusi, PKR jatuh no 2.
The biggest winner no 1 : PAS. Pas muncul blok terbesar dalam dewan rakyat dengan 44 kerusi.
The biggest winner no 2 : GPS menang 22 kerusi.
The biggest winner no 3: Bersatu, menang 28 kerusi.
Kedua2 gabungan nampaknya PAS dan Bersatu berjaya memberi pukulan hebat kepada BN dan PH. Banyak kerusi berjaya dirampas.
Siapa bentuk kerajaan?
Ramalan Rafizi yang mengatakan mereka ada lebih 90 kerusi juga kelaut. Semalam pula anwar memberi bayangan mereka beroleh 112 kerusi juga ke laut. PH pada akhir kiraan, mendapat 82 kerusi. Lebih buruk dari prestasi PRU14 dan PRU13. Gagal membentuk kerajaan.
Anwar pula, dengan segala macam kempen, poster gergasi bersaiz Godzilla, hanya menang 3k undi majoriti berbanding Peja. Jika ditambah undi Peja dan BN, Anwar dikira menang tidak bergaya berbanding Muhyiddin yang menang lebih 10k majoriti, manakala Hadi Awang lebih 40k.
Anwar nampaknya akan kekal PM tepi ke 10 kerana hampir mustahil PH membuat gabungan dengan parti lain.
GPS/GRS memang menolak PH kerana DAP.
Jika pun Anwar nak bergabung dengan BN, bagaimana?
82 + 30 = 112.Cukup majoriti. tapi sangat tipis, apatah lagi tadi Hishamudin keluarkan kenyataan awal membantah kerjasama dengan PH. ini menjadikan PH+BN(minus Hisham) = 111. Lebih 1 kerusi sahaja untuk tubuh kerajaan. Tipis dan tak stabil.
Jadi PH+BN boleh bye bye.
Ini menjadikan BN tiada pilihan lain selain terpaksa cium tangan Muhyidddin.
Gabungan PN+BN+GPS+GRS akan membentuk kerajaan yang paling stabil berjumlah 131.
PH hanya ada 104 kerusi jika bn sabah yg ada 7 kerusi sokong PN. PN akan ada 116 kerusi.