top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

DULU  IMDB ,  SEKARANG  AZAM  BAKI

Updated: Feb 14, 2022





DULU  IMDB ,  SEKARANG  AZAM  BAKI


Tamrin Tun Ghafar


Ahad - 16/01/2022

( 1 -  34 )



1.  Sekali lagi Nika Gee  cuba  melepas diri mengatakan bahawa beliau TIDAK TERBABIT  dengan perlantikan Azam Baki  sebagai  KP SPRM  sedangkan jika diteliti Kenyataan Media Azam  bertarikh  9 Mac 2020  ianya JELAS  membuktikan sebaliknya


2.  Pada perenggan 3 Kenyataan Media tersebut Azam Baki menyebut


" Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  ( ejaan sebenar - Mahiaddin )  Yasin yang  TELAH MENCADANGKAN  NAMA  SAYA  Kebawah Duli Tuanku " - sila lihat surat / kenyataan media yang dimaksudkan


3.   Azalina Othman Said , PENASIHAT  Undang - Undang  BERTARAF Mentetri kepada Perdana Menteri   juga MEMPERSOALKAN samada  Mahiaddin  sudah teliti dan perhalusi SEBELUM  beliau  melantik Azam


4.  Hanya beza beliau tidak membuat Sumpah Laknat  menafikan PEMBOHONGAN NYA  seperti yang dilakukan Najib didalam Masjid Kampung Baru , KL


5.  Inilah  Mahiaddin  dari dulu sehingga sekarang  TAK BOLEH  TUKAR  TABAI  MEMBOHONG , KEMUDIAN  BUAT  BODOH - bila agaknya pengampu - pengampu beliau dalam   BERSATU  nak sedar dan  kalau dah  sedar bila nak TINGGALKAN  nya - dia pun BUKAN  TUHAN  yang bagi rezeki


6. a) Surah Ibrahim

    Juzuk 13

    Ayat 21


Firman  ALLAH  SWT  begitu  JELAS  berhubung pengikut - pengikut :


Dan mereka semua ( di Padang Mahsyar ) berkumpul untuk menghadap  ALLLAH SWT , lalu orang yang lemah berkata kepada  orang yang sombong ,   "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut - pengikutmu  ,  maka  dapatkah kamu MENGHINDARKAN  daripada azab ALLAH  ?  ( walaupun )  sedikit sahaja ?"


Mereka menjawab , "Sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu . Sama sahaja bagi kita , samada kita mengeliasah dan mengeluh atau bersabar .  Kita TIDAK  MEMPUNYAI TEMPAT  UNTUK  MELARIKAN  DIRI"


6. b) Surah Al - Bakarah

         Juzuk 2

         Ayat 167


Firman  ALLAH  SWT   MENEGASKAN :


Dan orang - orang yang mengikutinya  berkata , "Sekiranya kami diberi kesempatan (kembali ke dunia ) , tentu kami TIDAK  AKAN  MENGIKUTI  MEREKA , sebagaimana mereka  meninggalkan kami."  Demikianlah ALLAH  menunjukan kepada mereka segala perbuatan yang mereka lakukan yang menjadi penyesalan bagi mereka


7.  Takut Mahiaddin  yang bergelumang  dengan isteri orang , rasuah dan pembohong  atau takut  ALLAH ? , pilihlah !!


8.   Mengikut kajian , sejak  beberapa tahun kebelakang ini jumlah peratus  pencerian  yang paling  tinggi di negara kita ialah dinegeri  Serambi Mekah atau Kelantan


9.  Peratus tertinggi kemiskinan , pengganguran , buang anak dan salahguna dadah juga terdapat di negeri Pantai Timur , Kelantan dan Terengganu


10. Jika dikaji , kebanyakan pemimpin - pemimpin PAS hari ini berasal dari kedua - dua negeri tersebut


11.  Bukan ke lebih sempurna JIKA  DI BETULKAN  rumah kita dahulu dari SIBUK  menyampaikan kuliah  dan syarahan.agama di masjid - masjid  dan surau - surau di luar rumah kita seolah - olah  rumah atau negeri kita  'perfect' - tak perlu dikuliah atau ditarbiahkan lagi ?


12.  Memang keterlaluan jika dikatakan mereka ini BUKAN  ULAMAK yang boleh di harap dan dipercayai tapi lebih kepada  ULAR  DALAM  SEMAK yang HANYA  BERTOPENG KAN  jubah , janggut , kopiah dan  membawa kitap ke hulu ke hilir


13.  Bagi menyakinkan jemaah yang hadir , pada setengah masa pertama mereka akan menggunakan ayat - ayat Quran dan Hadith yang MUNGKIN telah dihafal


14.  Kebanyakan mereka akan menggambil kesempatan mempengaruhi jemaah  seolah - olah hanya  PAS  sahaja yang boleh  menjamin  Syurga


15.  Pernah dilihat beberapa pengikut PAS  memakai baju dengan tulisan dibelakangnya :


' NAK MASUK

  SYURGA,

  MASUK PAS '


16.  Semasa bersama PAS dulu ada seorang penceramah  mengatakan  semasa nak masuk syurga nanti kita kena tunjuk pas ( PAS )


17.  Ada seorang Pemimpin Tertinggi PAS  yang akhirnya juga telah meninggalkan Parti tersebut mempengaruhi saya dengan kata - kata  :


  " Jika nak masuk

    Syurga kena

    masuk PAS ,

    bukan Parti lain "


18.  Saya meninggalkan PAS  tidak lama sebelum Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir


19.  Umum munkin maseh ingat  bagaimana PAS melalui Kenyataan Akhbar Tuan Ibrahim Tuan Man  berpuas hati , dan penuh yakin taklimat yang diberikan  kepada mereka oleh  Arul Kanda  Kandasamy , Pengarah Ekesekutif dan  Presiden  1MDB membersihkan Najib dari SEGALA pengelibatan beliau dalam skandal 1MDB  dan anak - anak syarikat nya


20.  Itulah salah satu politik MATANG  atau MATURED  politic  PAS  yang diperkenalkan Hadi yang diikuti secara MEMBABI  BUTA  oleh Tuan Ibrahim yang  pernah menjadi pensyarah ; tak sangka orang semacam beliau  SANGGUP  menjadi :


  ' LEMBU CUCUK

    HIDUNG '


boleh ditarik kehulu kehilir TANPA  menggunakan otak yang ALLAH SWT  Berikan


21.  Sokongan yang diberikan itu rupa - rupa nya  'Ada Makna'


22.  Walaupun Clare Rewcatle Brown  dari Sarawak Report MEMBUAT  TUDUHAN  yang Hadi dan PAS  menerima RM90 juta dari Najib  tapi yang peliknya

orang yang saman malu  ( Hadi dan PAS )  AKHIRNYA  BAYAR  Clare berjuta ringgit sebagai wang ' PERDAMAIAN atau SETTLEMENT' agar kes tersebut TIDAK di perkatakan lagi


23.  PAS  melalui Peguamnya yang juga Setiausaha  Agong  Parti , Takiyuddin Hassan PERNAH  MENGUGUT  Husam Musa ke Mahkamah dalam kes yang sama  tapi sudah bertahun lamanya PAS  MENGECUT SEPERTI  TIKUS ; mengapa takut ?


24.  Amat TIDAK  MEMERANJATKAN langsung   apabila Hadi , Takiyuddin dan lembu lain menyokong  Azam Baki ini


25.  Rupa - rupanya  Hadi dan PAS  TERPAKSA BAYAR HUTANG LAMA  kerana kes RM90 juta itu


26.  Beliau  akan senyum walaupun dengan orang yang pernah  di zalimi seperti :


     'PIJAK  SEMUT 

      TAK  MATI'


jika dikampung  atau  dalam hutan ada sejenis tumbuhan bernama  DEDADU  yang akhirnya akan melilit pokok yang ditumpang untuk naik keatas - itulah Abu Zahar Ujang ,.Pengurusi Lembaga Penasihat SPRM


27.  Saya kenal beliau ini sejak beliau menjadi Ketua UMNO  Bahagian Kuala Pilah lagi


28.  Beliau BOLEH  senyum dihadapan orang yang sebelum itu pernah dizaliminya TANPA punyai perasaan bersalah dan malu


29.  Dia akan cari berbagai helah dan alasan untuk kekal  jawatan yang dipegang - rajin memberi  nasihat tentang maruah tapi hakikatnya ini lah salah seorang mahkluk yang TIDAK ADA  MALU  DAN  MARUAH - kerjanya tak  habis - habis 

melobi jawatan dan tempat bagi memudahkan nya naik setakuk lagi


30.  Sikap  Ismail Sabri Yaakob  beria sangat cuba melindungi Azam Baki  dengan menyamakan kes Azam ini dengan kes Lim Guang Eng  TIDAK MASUK  AKAL - ia  berbeza sama sekali 


31.   Apakah Ismail sedang bermain api dengan membakar semangat orang Melayu  MEMBENCI  kaum lain terutama Cina ?  tapi pada masa sama cuba MENONJOLKAN  konsep  'KELUARGA  MALAYSIA'   yang di CIPLAK  dari idea  Dr. Wan Azizah  seperti  Nika Gee ( Mahiaddin )  CIPLAK  Majlis Pemulihan Negara atau MPN  dan melantik dirinya sebagai Pengurusi  dari Tun Dr. Mahathir TANPA  rasa salah dan malu


32.  Tindakan Ismail tidak bersetuju di tubuhkan  Royal Commission of Inquiry atau RCI bagi menyiasat kes Azam menimbulkan satu soalan :


APAKAH  ISMAIL  SEPERTI  PAS JUGA  TERHUTANG  BUDI DALAM KES  RASUAH  BELIAU KETIKA MENJADI  SETIAUSAHA  POLITIK SABARUDDIN CHIK ( Alfatehah )  DULU


33.  Berani Kerana Benar - Takut  Kerana  Salah


34.  Oleh kerana Azam Baki dan Abu Zahar Ujang dilantik oleh Agong  ATAS NASIHAT  Perdana Menteti  maka  Ismail sebagai Perdana Menteri BOLEH MENASIHATKAN  Agong MEMBERHENTIKAN perkhidmatan kedua - dua orang ini SERTA MERTA


Wassalam

Terima Kasih

562 views0 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

Comentarios


bottom of page