top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

DSAI di Tambun - dah lupa rusuhan Masjid Ubudiah ka?






Rusuhan Masjid Ubudiah


Bantahan Pakatan Rakyat oleh Anwar Ibrahim di PERAK.


Pada 5 Februari 2009, semua pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman menteri besar di Ipoh, Perak dan membuat keputusan terbaik buat PR. Mohammad Nizar mengumumkan tidak dapat mematuhi kehendak Sultan Perak kerana keputusan mahkamah diperlukan.


Kira-kira 5000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Ipoh dan dikawal oleh Unit Amal PAS.


Beberapa laman web dan SMS menyeru orang ramai pergi ke Ipoh untuk memberi sokongan kepada Mohammad Nizar.


Selepas Solat Jumaat, 6 Februari 2009, kira-kira 1000 orang mengadakan demonstrasi jalanan di perkarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan. Masjid ini kira-kira 1 km dari Istana Iskandariah tempat berlangsungnya majlis perlantikan menteri besar yang baru, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir.


Beberapa penyokong PAS baring di atas jalan raya, membaling batu dan menyekat kenderaan orang kenamaan dari memasuki istana.

Kereta rasmi Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dikerumuni orang ramai, terkena balingan batu dan cermin sisi pecah.

Jam 3.00 FRU terpaksa melepaskan puluhan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang menjerit-jerit ras tidak puas hati.


Kerajaan Pakatan Rakyat ditegakkan melalui 3 juta undi di Perak dan diperkukuh dengan 1 ADUN lompat parti tetapi kini ditumbangkan akibat 3 ADUN lompat dan lompat semula parti.


Dari sudut agama, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan tunjuk perasaan, maki hamun dan merosakkan harta benda, bukan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran Islam.








331 views3 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

3 Comments


Teres Saint
Teres Saint
Oct 27, 2022

Incomplete story. Origin of the incident was caused by?

Like
Replying to

Anwar wanted to replace the incumbent MB (from PAS) with his preferred candidate. Azlan Shah, the then Sultan disagreed...and crowds of protestors numbering in the thousands were sent to protest in front of the Istana.

Like

Johan Taharin
Johan Taharin
Oct 26, 2022

Could this be the reason the raja raja melayu worry whenever he tries to come to their state?


Hopefully,the sultan of perak make peace with anwar and his huru hara reformist. The sultan also advises the other brethren raja raja melayus on matter of security of the nation et al


Perak FRU...be alert!🚔

Like
bottom of page