top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

Bismillah : Antara Zahid Dan Ismail.





Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Seluruh Rakyat Malaysia.


Secara peribadi, saya suka dengan DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Ismail Sabri.


Kedua-duanya anak orang biasa dan anak orang kampung yang berjaya.


DS Ahmad Zahid Hamidi mantan TPM dan kini Presiden UMNO, sebuah parti politik paling lama dan paling besar di Negara ini.


DS Ismail Sabri pula adalah PM Malaysia pada hari ini.


Takdir Allah SWT telah membawa kedua-duanya berada di puncak kuasa di Negara ini.


Beza antara keduanya, DS Ahmad Zahid Hamidi adalah pewaris kepada sebuah kerajaan yang kuat, hebat dan terbaik selepas Proklamasi Persekutuan sehingga PRU 14.


Manakala DS Ismail Sabri pula mewarisi kerajaan huru-hara PH, kemudian kerajaan gagal PN. Dan malangnya DS Ismail Sabri hanya menjadi penerus kegagalan kerajaan PN dengan kerajaan PN 2.0 nya.


Dari sudut karektor pula, DS Ahmad Zahid Hamidi di lihat sebagai seorang yang warak, tahan lasak, tegas dan berani mati.


DS Ismail Sabri pula di lihat sebagai seorang yang lemah lembut, kurang tegas dan suka main selamat.


Perbezaan karektor yang ketara ini membuatkan saya lebih memilih DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM Malaysia pasca PRU 15.


Ini kerana dalam keadaan rakyat dan Negara sedang melalui pelbagai krisis, karektor DS Ahmad Zahid Hamidi adalah lebih sesuai untuk memimpin Negara.


Apa yang sedang kita lalui bersama pasca PRU 15 sehingga ke hari ini bukan sesuatu yang mudah.


Kita sedang berada dalam keadaan paling buruk pasca Proklamasi Persekutuan pada tahun 1957.


Ramai yang terkesan dengan kegagalan kerajaan PH menangani pandemik Covid 19.


Kita gagal menangani Pandemik Covid 19 kerana di pimpin oleh kerajaan PN dan PN 2.0 yang lemah dan tidak kompeten.


Dalam keadaan pelbagai krisis seperti hari ini, kita perlukan seorang pemimpin yang kuat dan sebuah kerajaan yang kuat.


Dan dalam keadaan Dunia sudah terbelah dua antara Blok NATO dan Blok BRICS, umat Islam di seluruh dunia perlukan seorang pemimpin yang kuat untuk menyatukan mereka dan bangun untuk menjadi sebuah kuasa ketiga Dunia.


Cabaran yang ada di hadapan kita cukup besar. Baik di dalam Negara mahu pun di luar Negara.


Kita semua perlu akui bahawa keadaan ini tidak sesuai buat DS Ismail Sabri.


Ketepikan soal sentimen buat masa ini. Berfikirlah dengan betul dan bertindak dengan betul demi kesejahteraan kita bersama.


Saya tahu di luar sana ada jentera besar yang sedang bekerja untuk menunjukkan kepada rakyat seluruh Malaysia bahawa DS Ahmad Zahid Hamidi adalah liabiliti kepada UMNO dan juga kepada Negara.


Tolong jangan buat begitu. Nanti yang rugi adalah rakyat, Negara ini dan umat Islam di seluruh Dunia.


Ramai yang masih tidak sedar bahawa pandemik Covid 19 sebenarnya adalah Plandemik. Sesuatu yang di rancang oleh para Elit Global.


It's a manufactured virus and a manufactured pandemic. And the purpose is for global monetary reset and the implementation of digital currency.


Sebab itu berlaku Perang Ukraine - Rusia dan Dunia terbelah menjadi dua. Blok NATO dan Blok BRICS.


Dalam Dunia hari ini, kemampuan untuk memahami dan menguasai formula Modern Monetary Theory @ MMT + Geo Politic + Geo Economy + Geo Strategy adalah sangat penting.


DS Ismail Sabri sudah terbukti adalah seorang pemimpin yang tidak menguasai formula ini.


Jadi apa yang boleh di harapkan oleh rakyat dan Negara untuk menghadapi krisis terbesar ekonomi global pada tahun hadapan.


Atas dasar ini saya ambil sikap dari awal untuk menyokong DS Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO/BN.


Saya tak di bayar oleh DS Ahmad Zahid Hamidi atau oleh UMNO/BN untuk berkempen bagi pihak mereka.


Saya lakukan semuanya atas kesedaran peribadi saya mengenai apa yang sudah, sedang dan akan berlaku di dalam Negara dan luar Negara.


Dan sekiranya mereka berjaya saya juga tidak mengharapkan apa-apa dari mereka.


Saya berasal dari kampung. Pemikiran saya sederhana macam orang kampung. Saya cuma mengharapkan agar para pemimpin menyediakan peluang dan masa depan yang lebih baik untuk anak cucu saya. Itu sahaja.

367 views6 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

6 Comments


Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
Oct 24, 2022

This guy who wrote the article is not a thinking malaysian. Ultra Malay and tak cerdik.

Like

Dave Jay
Oct 24, 2022

"Berani mati tapi takut penjara!" I rest my case.

Like

juni.hussin
Oct 23, 2022

Warak? Oh....lupa....rasuah dah jadi Halal mengikut salah seorang ulamak!

Like
Ting Kiong Tee
Ting Kiong Tee
Oct 24, 2022
Replying to


Like

Johan Taharin
Johan Taharin
Oct 23, 2022

Lol

Like

Ting Kiong Tee
Ting Kiong Tee
Oct 23, 2022

Pandemic rasuah UMNO musuh utama jahanamkan negara, tok sa sembang kemain sampai laut langit angkasa lepas di arena seantero!!

Like
bottom of page