Oleh Norman Fernandez
Parti MUDA, belumpun umur setahun jagung. Sijil lahirnya mencatat kelahirannya pada Disember 23, 2021. Jadi, MUDA ini ibarat bayi pakai lampin, yang masih sedang menyusu dan merangkakpun belum boleh.
Tapi MUDA mahu terus jadi remaja.
Nak jadi remajapun, jadilah. Tetapi MUDA mula menjadi remaja yang sukar diatur. Saudara dan rakan didesaknya melayani karenahnya dan mereka perlu akur dengan segala permintaannya tidak kisah munasabah atau tidak.
Lihat sahaja gelagat MUDA dalam PRN Johor. 6 kerusi yang diserahkan Pakatan Harapan-DAP dan Amanah masih belum cukup untuk MUDA. PKR pula telah menawarkan 3 kerusi kepada MUDA, tetapi kesemua kerusi ditolak. MUDA hanya mahu kerusi yang disasarkan.
Begitu bergelora serakah MUDA.
MUDA menyatakan ia adalah wadah baru dan membawa aspirasi rakyat khususnya suara pengundi muda.
Hairannya, MUDA tidak berani bertanding dikawasan luar bandar dan memilih untuk mengelak bertembung dengan parti politik Melayu yang lain.
Sebaliknya, MUDA sedar bahawa walaupun ia mempunyai ahli dan calun Melayu, kelangsungan politiknya ialah dikawasan bandar dan bergantung kepada ihsan pengundi Bukan Melayu.
Tidak dapat dinafikan MUDA ada kelebihan tersendiri yang boleh dimanfaatkan PH. Namun persoalan ialah samada PH bersedia akur dengan tuntutan dan membuat pengorbanan sampai perlu membayar harga yang tinggi untuk umpan MUDA.
Eloklah PH disaat awal ini, sedar bahawa MUDA akan berterusan dengan tuntutan dan ugutan.
MUDApun telah mengugut akan meletakkan 20 calunnya dalam PRN Johor jika pengagihan kerusi dengan PKR mencapai jalan buntu. Apakah PKR dan PH yang akan berkedip mata duluan dan angkat tangan atau akan mengambil ugutan MUDA sebagai cabaran.
Nasihat untuk PH- Jangan layan MUDA. Ngada-ngada lebih MUDA ni !
Norman Fernandez
19/02/22
I despair. MUDA, PKR, DAP, Amanah, Warisan, all without an agenda other than self interest, greed and getting seats to contest. No thought on strategy to win most seats, policy post election, rakyat needs... Arepeat of Malacca, I fear.
Yes , please do not play into the hands of Muda!