top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

BERSATULAH PEMBANGKANG

Updated: Feb 14, 2022




Oleh Norman Fernandez

———————————————

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru, Razrul Anwar telah mencadangkan jajaran politik Muafakat Rakyat Johor (MRJ), iaitu satu pakatan yang dianggotai parti-parti politik dalam Perikatan Nasional (PN) bersama dengan parti-parti Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.


Mengambil kira keadaan politik semasa, saranan semua parti-parti pembangkang bersatu dalam panji Muafakat Rakyat Johor, adalah langkah yang bijak dan tepat pada masa.


Hakikatnya ialah, samada Perikatan Nasional-Bersatu atau Pakatan Harapan-PKR, DAP dan Amanah, perlu mengakui bahawa mereka berada dalam posisi lemah. Ini jelas boleh dilihat dari keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah dan Sarawak yang sama sekali tidak memihak kepada parti-parti pembangkang. Manakala, dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, pertembungan sesama yang lain telah menyumbang kepada kekalahan teruk parti-parti dalam Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan.


Justru itu, sekiranya, parti-parti pembangkang tidak ambil iktibar dari Pilihan Raya Negeri Melaka dan masih tidak mahu bersatu tetapi bertekad untuk bertembung sesama yang lain, tidak mustahil parti-parti pembangkang akan mengalami padah dan tamparan yang lebih teruk yang dialami dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.


Malahan tidak keterlaluan untuk menyatakan, mengulangi kesilapan di Melaka, adalah langkah bunuh diri dan menjemput UMNO-BN sapu-bersih kesemua kerusi.


Realitinya ialah UMNO-BN berada dalam posisi cukup utuh dan kuat, dan untuk mengelak UMNO-BN sapu-bersih di Johor (seperti apa yang terjadi di Pilihan Raya Negeri Melaka), Perikatan Nasional-Bersatu dan Pakatan Harapan-PKR, DAP dan Amanah tiada pilihan melainkan untuk bersatu dalam satu jajaran. Hanya inilah cara yang ada untuk menghadapi ‘juggernaut’ UMNO-BN.


Didalam politik tidak ada musuh atau kawan abadi melainkan dinamika perubahan pakatan untuk kepentingan. Oleh yang demikian sepedih-pedih Langkah Sheraton dan semua yang telah menyusul, eloklah lupakan perseteruan dan buka lembaran baru bersatu dan berkerjasama untuk kepentingan bersama.


Pilihan untuk Perikatan Nasional-Bersatu dan Pakatan Harapan-PKR, DAP dan Amanah adalah hanya satu - bersatu atau berkecai.


Bersatulah...


Norman Fernandez

Norman Fernandez, adalah seorang peguam dan tulisan ini adalah pendapat peribadi.


27/01/22

298 views0 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or...

Comments


bottom of page