top of page
Writer's pictureHussein Abdul Hamid

AMAN PALESTIN - Kutipan - RM114.5 juta. Expenses - RM34.35.Sumbangan di dihantar: RM70.26 juta.




SEBANYAK RM34 JUTA AMAN PALESTIN AMBIL DUIT PENDERMA UNTUK OPERASI TAHUN 2021!!!


Inilah sebab aku push untuk audit. Lepas audit, aku dapat figure yang aku tunggu. Iaitu berapa diorang makan untuk cost of sales, operating cost dan management fee.


So, audit bukan segala-galanya tau!


Kalau kau audit, tapi 90% kau balon, 10% je kau bagi Palestin, tak patut juga. Betul tak?


Korang tau tak RM30 juta expenses setahun ni sama level dengan beberapa listed company punya expenses. Let say RM30 juta ini sebagai gross profit, korang kasitau aku, apa perniagaan yang takyah modal boleh dapat gross profit RM30 juta?


Macam aku dah sebut sebelum-sebelum ni. Kalau Aman Palestin collect derma daripada budak-budak ISMA je, no issue, takda siapa persoalkan. Betul tak?


Dan kalau dalam setiap iklan Aman Palestin telah dinyatakan secara telus dan jelas setiap derma korang X% akan diambil untuk Aman Palestin kumpul aset, bayar gaji CEO, pekerja dengan gaji setinggi gaji MNC, GLC atau Listed Company. Pun tiada siapa pertikaikan. Betul tak?


  • Berapa kutipan tahun 2021?

  • RM114.5 juta!!!

  • Sumbangan yang dihantar?

  • Hanya RM70.26 juta!!!

  • Balance RM34.35 juta diorang buat expenses!!!


So, lebih kurang 30% diorang ambil untuk kemandirian NGO mereka.


Diorang ada minta izin penderma tak?


Daripada RM34 juta tu, RM8 juta digunakan untuk bayar pengurusan sahaja!!!


So, berapa gaji CEO Aman Palestin? Berapa bayar elaun board of trustee Aman Palestin? Berapa bayar elaun chairman Aman Palestin? Berapa claim high management Aman Palestin pernah buat? Naik cheap flight ke naik business class?


Selain itu, ada expenses transport lebih RM2 juta!!!


Boleh senaraikan Aman Palestin beli kereta apa?


Siap ada renovation sampai lebih RM1 mil wo!!


Diorang beriya-iya nak renovate office ni apahal? Diorang meniaga fund management ke nak office cantik-cantik?


Ke boss-boss Aman Palestin nak rasa office macam CEO Megah Holdings? Kalau nak rasa office macam CEO Megah Holdings, berniagalah pakai duit sendiri! Bukan kutip derma!


Betul tak?


Untuk berlaku adil, aku menyemak balik laporan audit tahun 2015 Aman Palestin. Aku mendapati pada tahun 2015, kutipan sebanyak RM23 juta, expenses atau operating cost hanya RM4.5 juta. Kalau dikira maka lebih kurang hanya 20% sahaja yang diambil daripada jumlah kutipan derma.


Yang lebih lawak, pada tahun 2014, kutipan Aman Palestin sebanyak RM31.1 juta tetapi expenses atau operating cost hanya RM3.8 juta atau lebih kurang 12% sahaja yang diambil daripada kutipan derma.


Nampak gaya setiap tahun macam diorang naikkan fee tanpa kira kutipan berapa banyak. Kan? Sebab tahun 2014 kutip lagi banyak, makan sikit. Tapi 2015 collect sikit, makan banyak! Apa formula diorang pakai? Nak makan lebih, diorang makan lebih, nak makan sikit diorang makan sikit ke? Maksudnya boleh jela spend sikit, collect banyak. Kan?


Maka, jelaslah tahun 2021, mereka makan lebih sampai 30%!


Sepatutnya dalam business, bila ada volume, cost makin rendah. Tapi untuk Aman Palestin lain. Kutipan banyak ratio dia ambil pun kena naik.


Sekali lagi aku ingatkan, asas NGO atau falsafah penubuhan NGO adalah voluntary atau kesukarelawanan. Kalaulah ayatolla-ayatolla ISMA berangan nak hidup atau duduk senang dan bergaya macam CEO atau pengarah konglomerat, MNC, GLC, listed company, pergi kerja atau buat business betul-betul. Bukan duduk di kerusi atau pejabat yang didanai oleh duit derma masyarakat.


Ayatolla-ayatolla ISMA kena belajar dengan Warren Buffet cara nak jadi philantropist. Walaupun dia yahudi, tapi dia tak duduk atas kerusi duit derma. Dia jadi kaya dulu, dan dia derma. Dia pakai duit dia sendiri bagi ke yayasan dia dan yayasan Bill Gates. Ha, Haji Rahman Dali (orang kuat ISMA), pemilik Kembara Studio yang buat filem Mat Kilau tu, dengar cerita untung puluh juta. Infaklah duit untung tu dekat Aman Palestin untuk kos operasi. Biar Palestin dapat 100% penderma. Boleh?


Pandangan aku pula, sebagai NGO yang hanya sekadar collect fund, dan disburse fund, tak sepatutnya duit derma orang ramai digunakan dengan banyak hanya untuk pengurusan atau kos operasi yang sangat boleh dipertikaikan.


Disebabkan Aman Palestin ini milik atau dikawal selia oleh ayatolla ISMA, aku cadangkan kos operasi dan pengurusan Aman Palestin ini biarlah walaun dan para mujahid ISMA yang tanggung bayar. Takkan diorang tak sanggup berkorban? Kata mujahid kan?


Duit derma orang ramai biarlah ia sampai 100% kepada tujuan dan niat mereka.


Yang redha dan setuju Aman Palestin “bantai” RM34 juta untuk kos operasi dan pengurusan ni budak-budak ISMA sahaja. Betul tak?


Tapi kalau Aman Palestin nak aku ajar cara lean management untuk penjimatan kos operasi dan pengurusan, boleh lantik aku jadi consultant. Free of charge.


Apa pun, tahniah Aman Palestin RM34 juta korang ambil dari RM114 juta kutipan. RM8 juta untuk pengurusan administratif.


Aman Palestin memang steady!


Melayu Sepakat ISMA berdaulat..


Takdir!


Penulisan oleh Aliff Ahmad













3,886 views2 comments

Related Posts

See All

2 Comments


Syed Putra
Syed Putra
Oct 17, 2023

Asri is jealous he couldn't get as much donation.

Fact is, every other charity organisation works on same principal. Whether its WWF, unesco, save the tiger, amnesty international, ....a huge portion just be set aside for administrative, management and operations.

And until today, we dunno what happened to Amri Che Mat who disappeared just for having a different faith ( shiite) and was helping the neglected poor in perlis. Why asri not concern about his disappearance? And why nobody collecting donations to help the poor in perlis.


Like

Alfred lim
Alfred lim
Oct 17, 2023

Who are the shareholders (guarantors) 2020 n 2021 changes in equity (income/donation/fee) quite same increase %..."massage" figures....Auditors????

Like
bottom of page