top of page
Cari

Tun Mahthir.



Sollu ala Nabi TUN MAHATHIR Walau pelbagai persepsi pada Tun Mahathir, samada menyukai atau membenci, kita perlu akui dari hati nurani bahawa Tun telah berjaya mengangkat martabat Bangsa dan Negara hingga dihormati Dunia Timur dan Barat. Kerana Tun Bangsa Melayu dan Islam dihormati, hingga kini tiada pemimpin Negara yang suaranya dihormati dunia Islam dan digeruni Barat. Apabila berlaku krisis pada dunia Islam, pemimpin Islam dunia akan menghubungi Tun meminta panduan.


Begitu juga dengan wacana persidangan negara peringkat antarabangsa, Tun tetap menjadi pilihan hingga kini. Ia tidak berlaku pada mana-mana PM selepasnya.


Di zaman Tun, Malaysia dianggap Harimau Asean. Ucapan Tun di PBB dinanti seluruh pemimpin dunia serta wartawan. Tegas membela Negara Islam, mengkritik Barat dan berani menghentam Isreal.


Banyak langkah yang dilakukan Tun mengejutkan dunia seperti Dasar Pandang Ke Timur, serangan subuh (Dawn Raid), Menara KLCC, membantu Palestin, Bosnia dan negara membangun, menyerang Soros, mengikat mata wang ketika krisis kewangan tanpa mahu melutut dengan badan kewangan dunia (IMF)


Tika itu semua berbangga menjadi rakyat Malaysia,


Lantaran Tun banyak berjasa pada Negara Islam yang ditindas, membantu negara Dunia Ketiga dan kejayaan membangunkan Malaysia, justeru rakyat Malaysia dihormati ke mana kita pergi kecuali Israel.


Apabila memegang kembali jawatan PM , seluruh dunia kembali melihat Malaysia. Banyak negara kembali berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia. Suara Tun kembali menggegar di PBB.


Apa yang mengejutkan Tun dengan berani mengadakan persidangan Summit KL yang dihadiri beberapa pemimpin Negara Islam untuk membincangkan tentang kesatuan Negara Islam dan pelan tindakan bersama. Hal ini membuatkan Negara Arab merasa terancam seolah-olah Tun mahu menjadikan persidangan tersebut menggantikan OIC.


Zaman Tun sudah berlalu.


Di samping kejayaan yang beliau bina, banyak juga aspek kegagalan, kelemahan dan kepincangan yang berlaku. Rekod-rekod Hak Asasi Manusia dan kebebasan suara dikatakan tidak baik di zaman Tun, begitu juga beberapa aspek perlaksanaan Agama dilihat lemah, pembangunan bangsa yg dilihat adakalanya merugikan dan penuh perpecahan, ada juga projek mega yang gagal.


Tiada manusia yang sempurna namun selepas era Tun Razak yang hebat, kita juga perlu terima era Tun Mahathir juga adalah satu era yang hebat pada Negara di persada dunia. Kini kita perlu ke hadapan untuk memilih pemimpin yang miliki kehebatan dan dihormati seperti Tun Razak dan Tun Mahathir, malah lebih hebat dari mereka dalam membela Islam, Bangsa dan Tanahair.


Dalam usia yang begitu lanjut, Tun masih lagi bergerak berjuang baik secara nyata atau secara sembunyi menyusun langkah demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.


Adakah Negara dan Bangsa ini dapat ulangi lagi kegemilangan ini? Insyaa-Allaah kita boleh ulanginya lagi malah lebih baik lagi apabila bangsa ini benar2 kembali pada Allah, saling mengukuh dan dianugerah pemimpin yang hebat. Kita berdoa kepada Allah semoga zaman ini Bangsa Melayu dari Nusantara ini dipilih Allaah untuk memimpin dunia pula. Insyaa-Allaah.. Wallahualam.


Walid Ibrahim al Malik 16.7.2022"

Kepala Haliangs

1 lihatan0 komen

Siaran Berkaitan

Lihat Semua

Commentaires


Belum ada tag.
bottom of page